The Malaysian Cohort

Sistem Teknologi Maklumat


  • Tarikh: 29 Januari 2020
    Disediakan oleh:

    • Nurul Faeizah, Pegawai Teknologi Maklumat, UMBI
    • Mohd Shaharom bin Abdullah, Pegawai Teknologi Maklumat, UMBI
    • Mohd Arman bin Kamaruddin, Pegawai Sains Kanan, UMBI

     

    Projek The Malaysian Cohort (TMC) telah mempolopori pengumpulan maklumat kesihatan dan sampel biospesimen secara digital sejak awal perlaksanaannya iaitu 2006. Bahagian Teknologi Maklumat TMC bertanggungjawab menyediakan infrastruktur ICT projek termasuk pengumpulan semua data yang dicerap dalam format digital, melaksanakan kawalan kualiti, keselamatan data, penghantaran, penyimpanan dan akses data di Pusat Data TMC. Bahagian ini juga telah terlibat dalam pembangunan, penambahbaikan dan penyelengaraan 4 sistem utama iaitu Cohort Information Management System (eCIMS), Tube Information Management System (TSIMS) Diet Information Management System (DIMS) dan Health Diet Information Management System (HeDIMS).

    eCIMS dibangun bagi mengurus semua data yang dikumpul sepanjang proses pengambilan data dan sampel yang terdiri dari 10 modul iaitu Temujanji, Pendaftaran, Biofizikal, Analisis Komposis Badan, Data Soal Selidik, Biospesimen, Kawalan Kualiti, Keputusan & Maklum Balas dan Modul Pentadbiran Sistem

    TSIMS adalah bagi pengurusan tiub biospesimen yang telah diambil daripada peserta TMC. Sistem ini berupaya merekod kedudukan tiub yang telah disimpan di dalam tangki cecair nitrogen. Sampel biospesimen setiap peserta dialikuot kepada 30 tiub yang mengandungi 5 ml sampel dan dilengkapi dengan  kod bar 2D bagi penyimpanan di biobank. Sistem kod bar 2D ini bagi memudahkan proses inventori penyimpanan dan pengambilan tiub ini menggunakan system TSIMS. Sehingga kini, lebih 9 juta tiub Telah disimpan di Biobank

    DIMS berfungsi dalam merekod nutrisi dan makanan yang telah diambil daripada peserta. Sistem ini juga akan menganalisa jumlah nutrisi yang diambil dalam 24 jam dan tiga hari. Sesi temuduga dirakam menggunakan alat perakam suara bagi tujuan kawalan kualiti.

    HeDIMS merupakan subset kepada eCIMS tetapi khusus bagi kemasukan data melalui Panggilan Susulan yang dijalankan kepada setiap peserta dalam kekerapan 12 bulan. Maklumat berkenaan kejadian penyakit (merujuk kod ICD10) dan rawatan yang juga merupakan subset soalan dalam soalselidk ditanya kepada peserta semasa panggilan dibuat.

    Terdapat dua jenis sistem kecil, satu adalah Sistem Pengurusan Pengumpulan Data (DCMS) dan satu lagi adalah Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS). Setiap sistem mempunyai beberapa perisian atau modul bergantung kepada fungsi dan lokasi mereka.

    Kesemua data termasuk data dari semua instrumen pengukuran biofizikal dan analisa makmal kemudiannya dikumpulkan ke dalam Modul Pengurusan Data Harian, eCIMS dan dibuat salinan melalui cakera liut disediakan dan untuk dihantar ke pusat rekrutmen iaitu di UMBI bagi proses kawalan kualiti dan simpanan ke Pusat Data TMC, di UMBI. Kawalan kualiti dilakukan bagi setiap peserta.  Penghantaran data dan sampel biospesimen dipastikan tiba di pusat dalam tempoh kurang 24 jam setiap hari bagi mematuhi piawaian Biobank. Bagi lokasi rekrutmen di Sabah dan Sarawak, sampel dihantar mengunakan khidmat pesawat kargo, Malaysia Airline System (MAS).

    Data peribadi dilindungi dengan 5 lapisan keselamatan. Data yang sensitif akan melalui kaedah penyulitan (encryption). Sistem akan menjana Subject Identifier Data (SID) yang unik bagi setiap peserta yang hadir menjalani pemeriksaan kesihatan. SID ini amat penting kerana ia akan menjadi tujuan rujukan untuk proses seterusnya. Data peribadi dikumpulkan secara sah dan dilindungi daripada penyalahgunaan dan eksploitasi, serta menghormati hak-hak pemilik data.

    Keselamatan data Projek The Malaysian Cohort

    Semakan data demografik dan mortaliti dilaksanakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara secara berkala bagi setiap dwi tahunan. Data alamat terkini, bangsa, bangsa ibu dan bapa, taraf warganegara dan agama diambil dan disemak daripada pangkalan data projek TMC. Bagi peserta yang telah meninggal dunia, maklumat tarikh kematian, sebab kematian, tempat kematian, pengesah kematian, nombor daftar kematian/ sijil kematian akan didapatkan.

    Projek The Malaysian Cohort mengurus 16 buah server / pelayan di bangunan UMBI (UKM Molecular Biologi Institute), 2 pelayan sandaran di Pusat Teknologi Maklumat PPUKM dan 1 pelayan sandaran di Pusat Teknologi Maklumat, UKM Kampus Bangi dan mempunyai lebih 17 TB jumlah saiz data.

  • High Performance Computing (HPC) at UMBI – Providing researchers with computing power for Big Data analytics

    Ang Mia Yang Zainal Azmir Ramli Professor Datuk Dr. A Rahman A Jamal
    High Performance Computing (HPC) is the use of super computers and parallel processing techniques for solving complex computational problems...

    BIG DATA is Changing Healthcare

    Professor Datuk Dr. A Rahman A Jamal
    MD, MRCP, PhD, GDHM, PJN, DPNS, ANS
    Everyone is talking about Big Data (BD) nowadays. Big nations and big companies are harnessing big data. It is said that Google...

    UMBI is 13 years old: A new stage of maturity

    Time indeed flies especially when you are having fun. UMBI is 13 years old today and if we likened this to the development of a human being, it is certainly the commencement of an important stage of maturity. It has not been all fun ...

Translate »