Portal Pengajaran dan Pembelajaran Md Yusoff Daud

 Pembelajaran Sepanjang Hayat

Mobiliti Pelajar

 

KERTAS KERJA

(Mobiliti Pendidikan Serantau UKM – State Islamic University UIN)

TARIKH

(2 November – 8 November 2013)

 

 

TEMPAT

(Jakarta, Indonesia)

 

 

ANJURAN

( Mahasiswa Ijazah Pendidikan Dengan Kepujian Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia)

 

 

TEMA

Mahasiswa Serumpun, Mahasiswa Berketrampilan”

 

KERTAS KERJA

MOBILITI PENDIDIKAN SERANTAU UKM-UIN 2014

MAHASISWA PENDIDIKAN (SAINS) FAKULTI PENDIDIKAN

SESI 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

1.0 TUJUAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani”

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak tuan/puan untuk mengadakan program Mobiliti Pendidikan Serantau UKM ke UIN yang akan diadakan pada 2 November hingga 8 November 2013 di Jakarta, Indonesia.

 

2.0 PENGENALAN

 

2.1 Mahasiswa Pendidikan (Sains) Fakulti Pendidikan sesi 2012/2013 merancang program bagi melahirkan mahasiswa dan bakal pendidik yang luas pemikirannya serta berpandangan jauh. Program ini dirancang untuk memberi pengisian dari aspek rohani, jasmani, dan ilmu pengetahuan dalam membangunkan masyarakat yang dinamis dan berakhlak mulia.

 

2.2 Program ini diatur bagi menjaga kebajikan semua mahasisiwa pendidikan (Sains) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain itu, ianya bertujuan untuk memenuhi kehendak yang digariskan oleh pihak universiti. Program ini ditubuhkan atas kehendak mahasisiwa yang ingin melahirkan pelajar berketrampilan dan berdaya saing.

 

2.3 Program mobiliti pendidikan serantau ini merupakan satu program yang melibatkan kerjasama antara dua universiti di Malaysia dan Indonesia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan State Islamic Univeristy (UIN). Program ini bertujuan untuk meluaskan pandangan dan fikiran mahasiswa pendidikan secara global mengenai sistem pendidikan serta kaedah pengajaran di Indonesia. Program ini diharapkan dapat membantu dan memberi idea baru tentang kepelbagaian kemahiran mengajar dan pengurusan kelas. Ianya boleh dijadikan panduan sebelum mahasiswa menjalani latihan praktikum di sekolah serta menjadi guru yang cemerlang pada masa hadapan.

 

 

 

3.0 MISI

 

Melahirkan Mahasiswa dan bakal pendidik yang luas pemikirannya dan berpandangan jauh serta memberi pengisian dari aspek rohani, jasmani, dan ilmu pengetahuan dalam membangunkan masyarakat yang dinamis dan berakhlak mulia.

 

 

 

4.0 MATLAMAT

Menjalankan program yang berbentuk ilmiah, ilmu pengetahuan dan berkebolehan untuk mencapai sesuatu matlamat yang ingin dicapai dan berusaha untuk memantapkan sahsiah pelajar, meningkatkan martabat ilmu selari dengan falsafah universiti untuk membentuk semangat ukhwah dalam kalangan semua pelajar khususnya serta menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar amnya.

 

 

 

5.0 OBJEKTIF PROGRAM

5.1 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban (HPP1) :melahirkan pendidik yang bersifat mudah bersosial dengan semua golongan masyarakat dan sentiasa memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik.

 

5.2 Kemahiran Komunikasi (HPP2) : Sebagai bakal pendidik yang berhasrat mencapai status negara maju dan bersatu padu dalam semua perkara, budaya komunikasi antara satu sama lain tidak kiralah berlainan darjat haruslah diterapkan.

 

5.3 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (HPP3) : Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

 

5.4 Kemahiran Membina Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme (HPP4) :bakal pendidik juga perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab serta budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.

 

 

5.5 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik (HPP5): Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Bakal guru seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

5.6 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan (HPP6) : Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.

 

5.7 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan (HPP7): bakal guru juga perlu bijak dalam berfikiran menjana pengurusan yang lebih baik di samping melahirkan usahawan yang berkaliber.

 

5.8 Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai bakal pendidik untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.

 

 

6.0 TEMA

Mahasiswa Serumpun, Mahasiswa Berketrampilan

7.0 ANJURAN

Mahasiswa Ijazah Pendidikan Dengan Kepujian Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

 

 

8.0 TARIKH DAN MASA

 

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

 

Tarikh : 2 November hingga 8 November 2013

(Sabtu hingga Jumaat)

 

 

 

 

 

 

 

9.0 TEMPAT

 

Tempat program yang dicadangkan adalah di :

 

Syarif Hidayatullah, State Islamic University, Jakarta

SMP, Sekolah Annisa,Tanggerang, Jakarta

SMA, Sekolah Izada, Tanggerang, Jakarta

10.0 PUBLISITI

Mobiliti Pendidikan Serantau UKM-UIN 2013 yang akan diiklankan pada banner utama program yang akan digantung di laluan utama Fakulti Pendidikan, UKM dan banner kedua program akan digantung di perkarangan Fakulti Pendidikan yang dicadangkan. Banner ketiga pula akan dibawa ke Syarif Hidayatullah, State Islamic University, Jakarta dan akan digantung di perkarangan fakulti pendidikan.

11.0 CADANGAN PERASMI

 

Perasmi :

 

  1. Dr. Zanaton Hj.Iksan

Penyelaras Program Pendidikan Sains UKM

 

  1. Dr.Andian Parlindungan

Pensyarah State Islamic University, Jakarta

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

 

Program ini melibatkan seramai 25 orang Mahasiswi Fakulti Pendidikan (Sains)12/13 Universiti kebangsaan Malaysia dan 3 orang pensyarah pengiring.

 

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

 

Sila lihat Lampiran 1

14.0 TENTATIF PROGRAM

Sila lihat Lampiran 2

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Taklimat dari Pihak Universitas Indonesia

Ketua Pengarah Program akan memberi taklimat tentang perjalanan Program di sana selama tujuh hari serta kata-kata aluan daripada Dekan Fakulti Pendidikan State Islamic University, Jakarta

 

15.2 Lawatan Pendidikan Di Universitas Jakarta

Para peserta dibawa melawat ke Tarbiyyah and Teaching Science State Islamic University (UIN), Jakartau ntuk mengadakan sesi perbincangan dan pertukaran pendapat mengenai sistem pendidikan antara kedua-dua Universiti secara khususnya dan di antara dua negara. Selepas sesi tersebut para peserta dibawa melawat ke persekitaran Universiti seperti perpustakaan,bangunan Canselori, makmal dan lain-lain.

15.5 Mengikut Beberapa Sesi Kuliah Dan Diskusi Di Fakulti Pendidikan

Para peserta diberi peluang mengikuti beberapa sesi kuliah yang dijalankan di Fakulti Pendidikan di Universiti tersebut. Selepas setiap sesi kuliah itu berakhir wakil para peserta dari Universiti Kebangsaan Malaysia akan memberikan pendapat dan cadangan mengenai perbezaan antara sesi kuliah di UKM dan.State Islamic University, Jakarta. Idea dan pengalaman yang diterima dapat diaplikasi di UKM kelak.

 

15.6 Lawatan Ke Sekolah Menengah Dan Rendah

Lawatan ini bertujuan untuk membuat perbandingan di antara sesi pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dan Indonesia. Para perserta juga diminta untuk mengkaji kelebihan dan kelemahan daripada sesi pengajaran dan pembelajaran.Di dalam lawatan ini, peserta akan mengadakan sesi perbincangan mengenai lesson study untuk subjek Sains dan Matematik.

 

15.7 Program Pengkaderan

Program ini merupakan satu program yang bertujuan untuk membina keyakinan diri mahasiswa untuk tampil kehadapan dan memberikan hujah. Objektif program ini bagi membuka minda dan hati mahasiswa untuk menjadi berani tampil kehadapan dan berhujah di hadapan orang ramai. Ianya merupakan satu elemen kemahiran yang penting sebagai bakal pendidik kelak.

 

15.8 Ceramah Terapi Syukur

Ceramah ini bertujuan untuk membersihkan hati dah muhasabah diri sebagai seorang mahasiswa dan juga hamba Allah. Ceramah ini akan disampaikan oleh pensyarah State Islamic University, Jakarta dan beberapa orang pelajar universiti tersebut. Objektif ceramah ini supaya mahasiswa dapat merenung kembali tujuan dasar kehidupan sebagai seorang hamba dan tanggungjawab kepada ibu bapa, bangsa, agama dan negara. Ianya mampu membina jatidiri dan keperluan psikologi bagi menghadapi hari mendatang.

16.0 PENSYARAH PENGIRING

Dr. Zanaton Binti Haji Iksan

En.Yusoff Bin Daud

Dr. Roslinda Binti Rosli

 

17.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Sila lihat Lampiran 3.

18.0 PAKEJ PENAJAAN

Sila lihat Lampiran 4.

19.0 PEJABAT URUSAN

 

Sebarang maklumat dan urusan serta suarat menyurat, sila hubungi :

Nur Azwani Binti Zamri

Pengarah Program

Lawatan Pendidikan UKM-UIN

Mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 019-2691924

Emel :nurazwani_87@yahoo.com

20.0 PENUTUP

 

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan Mahasiswa/i yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga dengan apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar beserta hidayah dan pertolongan Allah S.W.T.

 

 

Disediakan oleh,

 

 

……………………………………….

NUR AZWANI BINTI ZAMRI

Ketua Pengarah,

Lawatan Pendidikan UKM-UIN

Mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 019-2691924

 

 

 

 

Disemakoleh,

 

 

 

……………………………………………………….

DR. ZANATON BINTI HAJI IKSAN

Penyelaras,

ProgramSains,

FakultiPendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

No Tel : 019-600 4627

 

 

 

 

Disahkanoleh,

 

 

 

……………………………………………

DR. SAFANI BARI

Ketua Program Prasiswazah

FakultiPendidikan

UniversitiKebangsaan Malaysia

 

 

 

 

 

LAMPIRAN 1

STRUKTUR ORGANISASI

LAWATAN PENDIDIKAN UKM-UIN 2013/2014

Penaung

Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

 

Pengerusi

Prof. Dr. Ir. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

 

Penyelaras

Musa Zainal Abidin Bin Othman

Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Penasihat

Dr. Safani Bari

Ketua Program Prasiswazah

Fakulti Pendidikan, UKM

 

Penyelaras Program

Dr. Zanaton Binti Haji Ikhsan

Penyelaras Program Pendidikan Sains

 

Pensyarah Pengiring

Dr. Zanaton Binti Haji Iksan

En.Yusoff Bin Daud

Dr. Roslinda Binti Rosli

Ketua Pengarah

Nur Azwani Binti Zamri (A131388)

019-2691924

 

Timbalan Pengarah

Nurul ’Atiqah Binti Riswan (A132880)

017-2306035

Setiausaha

Nurul Akmar Binti Abdul Rahman (A132125)

013-3260927

 

Timb. Setiausaha

Khairani Binti Othman (A133312)

013-2748981

Bendahari

Aminah Mat Sohor (A132743)

019-5363380

 

 

Pengarah Program : Noor Hasimah Binti Hasan (A132688)

013-4850803

 

Nurul Atiqah Zulkarnain (A133227)

013-9713016

Pengarah Protokol : Rahilah Binti Haron (A133371)

017-7440187

Nor Fatihah Binti Nawi (A132797)

014-8291533

Pengarah Cenderamata : Hasmah Binti Che Ngah (A133182)

013-9421092

Farhanah Binti Idris (A132257)

013-6465598

Pengarah Teknikal : Nuraini Binti Kamarudin (A133396)

013-6605769

 

Pengarah Pemasaran : Nur Hafizah Binti Zaidi (A133570)

017-7314853

Nur Aida Binti Hamid (A133005)

013-7940240

 

Pengarah Pengangkutan

& Penginapan : Fathin Amira Binti Lotfi ’Amer (A132690)

013-6445245

Suraya Binti Mohd Napi (A132666)

014-8558741

 

 

 

Pengarah Perhubungan : Alia Shahira Binti Tarmuji(A133453)

013-3692267

 

Nur Ain Syakira Binti Ahmad Bastamam (A132421)

014-5175947

 

Tugas-tugas Khas : Nur Julaiha Roslan (A132921)

01923085392

 

Noor Farhana Fadli (A133271)

014-5094294

 

Publisiti : Nurul Nashrah Binti Salehudin (A132621)

0136436160

Normira Binti Ibrahim (A132219)

019-4492352
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN 2

ATUCARA PROGRAM

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

2 Nov 2013

(Sabtu)

8.00 Pagi

 

 

 

 

 

11.00 Pagi

 

 

1.30 Petang

 

 

5.30 Petang

 

 

 

 

 

 

6.30 Petang

 

 

 

9.00 Malam

 

 

 

11.00 Malam

 

 

 

– Peserta Berkumpul di Fakulti Pendidikan

– Taklimat daripada Penyelaras program

– Bertolak ke LCCT

 

– Peserta menaiki kapal terbang ke Jakarta

 

– Peserta tiba di Lapangan Terbang Jakarta

 

– Peserta tiba di UIN, Jakarta

 

– Pendaftaran peserta dan taklimat daripada Pengarah Program

 

– Peserta dibawa ke tempat penginapan

 

– Makan dan rehat

 

– Mandi/Solat/Makan Malam

 

– Majlis pertemuan dan ramah mesra bersama mahasiswa Malaysia di Indonesia/ Ice Breaking

 

– Tidur

Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan

 

 

LCCT

 

Lapangan Terbang Jakarta

 

State Islamic University, Jakarta,UIN

3 Nov 2013

(Ahad)

6.00 pagi

7.00 pagi

8.00 pagi

 

8.45 pagi

 

9.00 Pagi

 

 

 

 

1.00 Petang

 

 

 

 

 

 

 

 

3.00 Petang

 

 

 

 

4.30 petang

 

 

 

 

 

6.30 Malam

 

 

 

9.00 Malam

 

 

 

 

 

11.00 Malam

 

– Solat Subuh

– Sarapan Pagi

– Taklimat daripada Pengarah Program

 

– Taklimat daripada wakil UIN

 

– Mengikuti sesi kuliah (1) State Islamic University UIN, Jakarta

(Sesi kuliah Kursus Pedagogi

di Tarbiyyah and Teaching Science

 

– Solat Zohor Berjemaah

– Makan Tengah Hari dan Majlis Perasmian program Mobiliti Pendidikan Serantau UKM-UIN 2014

Perasmi:Prof. Dr. Dede Rosyada,

MA (Dekan Tarbiyyah and Teaching

Science UIN

 

– Mengikuti sesi kuliah (2) State Islamic University UIN, Jakarta

(Sesi Kuliah Kaedah Matematik di

Tarbiyyah and Teaching Science

 

– Solat Asar Berjemaah/Minum Petang/

– Perlawanan persahabatan bola jaring bersama mahasiswa Tarbiyyah and Teaching Science UIN

 

– Makan malam

– Solat Maghrib Berjemaah di Masjid UIN bersama penuntut UIN

– Bengkel penyediaan Bahan Bantu Mengajar kreatif untuk subjek sains dan matematik bersama-sama penuntut Tarbiyyah and Teaching Science UIN

 

– Posmortem/Tidur

State Islamic University, Jakarta

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4 Nov 2013

(Isnin)

 

 

6.00 pagi

7.00 pagi

 

8.30 pagi

 

 

10.30 pagi

 

10.45 pagi

 

11.00 pagi

 

 

12.00 Tengah hari

 

 

 

 

1.00 Petang

 

 

2.00 Petang

 

 

3.00 Petang

 

3.15 Petang

 

3.300 Petang

 

 

5.00 petang

 

 

 

 

7.00 malam

 

9.00 malam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

11.00 Malam

 

 

 

 

– Solat Subuh Berjemaah

– Sarapan/Taklimat Pengarah Program

 

– Bertolak ke SMA Tanggerang, Jakarta

 

– Tiba di SMA Tanggerang, Jakarta

 

– Taklimat daripada Pengetua Sekolah

 

– Mengikuti sesi Pengajaran dan pembelajaran Sains.

 

– Refleksi dan perbincangan di antara peserta dan guru sekolah mengenai lesson study untuk subjek Sains di Malaysia-Indonesia.

 

– Makan Tengah hari/Solat Zohor berjemaah

 

– Bertolak ke SMP Tanggerang, Jakarta

 

– Tiba di SMP Tanggerang, Jakarta

 

– Taklimat daripada Pengetua Sekolah

 

– Mengikuti sesi Pengajaran dan pembelajaran Matematik.

 

– Refleksi dan perbincangan di antara peserta dan guru sekolah mengenai lesson study untuk subjek Matematik di Malaysia-Indonesia.

 

– Bertolak ke UIN

 

– Makan malam/Solat Maghrib Berjemaah

 

– Seminar. Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pemikiran Kritis melibatkan ‘Infusion Of Critical And Creative Thinking Into Content Instruction’

 

– Dikendalikan oleh Tarbiyyah and Teaching Science UIN

 

 

– Posmortem/Tidur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SMA Tanggerang, Jakarta

 

 

 

 

SMP Tanggerang, Jakarta

 

 

 

 

 

 

State Islamic University, Jakarta

 

5 Nov 2013

(Selasa)

6.00 pagi

 

7.00 pagi

 

 

8.00 pagi

 

 

10.00 pagi

 

 

 

 

1.00 Petang

 

2.30 Petang

 

 

 

 

 

 

4.30 Petang

 

5.00 Petang

 

 

7.00 Malam

 

 

9.00 Malam

 

 

 

 

 

 

 

11.00 Malam

 

 

 

 

 

– Solat Subuh Berjemaah

 

– Sarapan/Taklimat dari Ketua Program

 

– Mengikuti sesi pembentangan kertas kerja UKM-UIN

 

– Diskusi/Debat UKM-UIN (Sesi 1)

(Kerelevanan sistem pendidikan

kedua-dua negara kearah membentuk

mahasiswa berketrampilan)

 

– Solat Zohor/Makan Tengah Hari

 

– Diskusi/Debat UKM-UIN (Sesi 2)

(Keberkesanan pelaksanaan lesson

study kedua-dua negara kearah

mencapai kecemerlangan pelajar

sekolah dalam subjek Sains dan

Matematik)

 

– Solat Asar Berjemaah

 

– Perlawanan persahabatan bola jaring diantara mahasiswi UKM-UIN

 

– Makan malam/Solat Maghrib Berjemaah

 

– Seminar Pendekatan Pengajaran Melalui Problem Solving

 

– Disampaikan oleh Deputy Dean for Academic Affairs Tarbiyyah and Teaching Science UIN: Dr. Nurlena Rifai, MA

 

– Posmortem/Tidur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

State Islamic University, Jakarta, UIN

 

6 Nov 2013

(Rabu)

 

6.00 Pagi

 

7.00 Pagi

 

 

9.00 Pagi

 

10.00 Pagi

 

 

 

 

 

 

1.00 Petang

 

2.00 Petang

 

 

 

 

 

5.00 Petang

 

 

 

7.00 Malam

 

 

 

 

 

9.00 Malam

 

 

 

11.00 Malam

 

 

 

 

– Solat Subuh berjemaah

 

– Senaman bersama mahasiswi Malaysia di Indonesia

 

– Sarapan/Taklimat Pengarah Program

 

– Program Pengkaderan

Anjuran Himpunan Mahasiswa Islam

Indonesia

(Mendidik Mahasiswa

berketrampilan menerusi komunikasi

dan keyakinan diri)

 

– Makan Tengah hari/Solat Zohor

 

– Program Pengkaderan

Anjuran Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia

(Praktikal-kesinambungan program pengkaderan sesi1 )

 

– Solat Asar Berjemaah/Lawatan ke makmal Sains, perpustakaan, pusat aktiviti pelajar

 

– Makan malam/Solat Maghrib Berjemaah/Majlis solat hajat dan bacaan Yaasin bersama Mahasiswa Malaysia di Indonesia

 

 

– Seminar Bina Insan Guru Glokal

Anjuran Tarbiyyah and Teaching Science UIN

 

– Posmortem/Tidur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

State Islamic University, Jakarta,UIN

 

7 Nov 2013

(Khamis)

 

6.00 Pagi

 

7.00 Pagi

 

8.00 Pagi

 

 

 

 

 

1.00 Petang

 

3.00 Petang

 

 

 

5.00 Petang

 

 

 

 

7.00 Malam

 

 

9.00 Malam

 

 

 

 

 

 

11.00 Malam

 

 

 

 

– Solat Subuh berjemaah

 

– Sarapan/Taklimat Pengarah Program

 

– Ceramah Terapi Syukur

Disampaikan oleh Dr.Andian

Parlindungan

Pensyarah State Islamic University,

Jakarta

 

– Makan Tengah Hari/Solat Zohor

 

– Sesi pertemuan dengan para pensyarah Tarbiyyah and Teaching Science UIN.

 

– Solat/Minum petang

Aktivit Berkumpulan (Gabungan

Mahasiswi UKM-UIN)/Persediaan

majlis penutupan

 

– Makan malam/Solat Maghrib Berjemaah

 

– Majlis Penutupan Program Mobiliti Pendidikan Serantau UKM-UIN

Dirasmikan oleh Deputy Dean for

Student Affairs Tarbiyyah and

Teaching Science UIN: Dr. H. Abdul

Muhbib Wahab, MA

 

– Posmortem/Tidur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

State Islamic University, Jakarta

 

 

 

 

 

8 Nov 2013

(Jumaat)

6.00 Pagi

 

7.00 Pagi

 

8.00 Pagi

8.30Pagi

 

 

12.00 Pagi

 

 

2.00 Petang

 

4.00 Petang

 

 

 

 

– Solat Subuh berjemaah

 

– Sarapan/Taklimat Pengarah Program

 

– Peserta Berkumpul di perkarangan State University Indonesia

 

– Bertolak ke Lapangan Terbang Jakarta

 

– Peserta menaiki kapal terbang ke Kuala Lumpur

 

– Peserta tiba di LCCT

 

– Peserta tiba di UKM

 

 

 

 

 

 

Lapangan terbang Jakarta

 

 

LCCT

 

 

Universiti Kebangsaan Malaysia

 

 

LAMPIRAN 3

BELANJAWAN

Sumbangan Terkini

BIL

PERKARA

RM

 

 

 

 

 

  • Kutipan Pelajar
  • Fakulti Pendidikan
  • JPPEL
  • Sumbangan daripada individu
  • Sumbangan pensyarah
  • Sumbangan daripada kementerian
  • Derma dari syarikat swasta
  • Hasil perniagaan kecil-kecilan pelajar

5000.00

1000.00

4000.00

5000.00

500.00

5000.00

19576.00

1450.00

 

JUMLAH PENDAPATAN TERKINI

41526.50

 

Anggaran Perbelanjaan

BIL

PERKARA

RM

1

Program

  • Aktiviti Dalam Kumpulan/Bengkel

(Kad Manila, Marker, Kertas warna, Kertas A4, Alat Tulis, Kertas Majong, dan lain-lain)

  • Fotostat dan cetak

(Kertas kerja, bahan mesyuarat, bahan edaran pembentangan, pamplet dan lain-lain)

 

 

300.00

 

 

 

300.00

 

 

600.00

 

2

Pengangkutan

  • Sewaan Bas (RM 1000 x 7 hari )
  • Tiket kapal terbang (RM300 x 28 orang)
  • Pasport (RM150 x 25 orang)

 

 

 

 

7000.00

8400.00

3750.00

 

19150.00

3

Penginapan

  • Penginapan Peserta (RM 120 x 6 x 13 Bilik)
  • Penginapan Pensyarah (RM 120 x 6 x 3 Bilik)

 

9360.00

2160.00

 

11520.00

 

4

Jamuan

  • Majlis Perasmian/Penutupan (RM 50 x 3 orang VIP x 2 majlis)
  • Minuman Ringan (Air Mineral) 3 kotak/hari x 6 hari x RM15
  • Jamuan peserta (RM 8.00 x 25 orang ) x 2 majlis
  • Jamuan VIP (RM12.00 x 6 orang) x 2 majlis
  • Makanan Harian (5 kali sehari) (RM 25 x 7hari x 28 orang)

 

 

300.00

 

270.00

 

400.00

144.00

4900.00

 

6014.00

 

5

Cenderamata

  • Hamper Aktiviti (RM30 x 10 unit )
  • Hamper untuk pelajar sekolah (RM 30 x 2 unit )
  • Cenderahati untuk Pihak Sekolah dan Universiti
  • Cenderahati untuk Penyelaras Program (RM50 x 1 unit)

 

300.00

60.00

50.00

 

410.00

 

6

Tugas-Tugas Khas

  • Sijil Peserta ( RM 2.50 x 25 orang )
  • Banner ( RM 90 x 3 unit )
  • Pakaian rasmi program (RM 100 x 30 unit)

(Baju korporat)

 

62.50

270.00

3000.00

 

3332.50

 

7

Rencam

 

500.00

JUMLAH KESELURUHAN

41526.50