Alumni UKM

Kompleks Alumni

TABUNG KOMPLEKS ALUMNI

LATAR BELAKANG

Sejak ditubuhkan pada tahun 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia telah pun mengeluarkan seramai 146,170 graduan (sehingga tahun 2011). Tetapi sehingga kini masih belum ada lagi tabung khas yang diwujudkan untuk mewakili dana Alumni secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, pihak Pejabat Perhubungan Alumni (PPAlumni), UKM telah mengambil inisiatif bagi menubuhkan Tabung Kompleks Alumni iaitu tabung pertama yang diwujudkan bagi mewakili dana sumbangan untuk Alumni secara keseluruhannya di UKM. Tabung ini telah diperakukan oleh Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil 6/2012 pada 13 Mac 2012 dan telah diluluslan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK) pada 28 Mei 2012.

 

OBJEKTIF

 

  1. Menjadi satu platform bagi memudahkan Alumni UKM dan pihak-pihak lain memberi sumbangan dana untuk Alumni kepada UKM
  2. Menjadi sumber kewangan dalam pembinaan Kompleks Alumni yang akan memberi manfaat kepada pihak Universiti dan Alumni secara keseluruhan.
  3. Membiayai aktiviti-aktiviti Alumni yang dapat memberi faedah semula kepada Alumni UKM.
  4. Mengwujudkan Insentif / Hadiah kepada Alumni Cemerlang sewaktu Majlis Konvokesyen UKM.

 

SASARAN PENYUMBANG

  1. Alumni UKM
  2. Alumni Bersekutu
  3. Warga UKM
  4. Ahli-ahli Korporat
  5. Agensi Kerajaan & Swasta
  6. Orang Perseorangan

 

KELEBIHAN PENYUMBANG

  1. Penyumbang akan mendapat kadar istimewa bagi sewaan ruang di Kompleks Alumni yang akan dibangunkan kelak seperti ruang dewan sebaguna, bilik seminar dan bilik mesyuarat
  1. Pengecualian cukai akan diberikan ke atas setiap sumbangan

 

KOMPLEKS ALUMNI

 

LATAR BELAKANG

Projek pembinaan Kompleks Alumni merupakan projek jangka masa panjang yang telah dirancang oleh Pejabat Perhubungan Alumni (PPAlumni), UKM iaitu pusat tanggungjawab UKM yang berada di bawah porftfolio Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM. Projek Kompleks Alumni ini telah mendapatkan kelulusan dari pihak UKM melalui Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 3/2012 bertarikh 1 Februari 2012. Kompleks Alumni yang dicadangkan ini merupakan satu tempat yang akan menjadi rujukan Alumni secara keseluruhannya. Jika projek Kompleks Alumni ini berjaya direalisasikan ianya sudah pasti menjadi mercu tanda yang baru kepada UKM dalam menyemarakkan semangat Alma Mater di kalangan Alumni UKM. Dengan terbinanya Kompleks Alumni ini juga secara tidak langsung menampakkan segala sumbangan yang diberikan oleh Alumni kepada pihak Universiti.

 

LOKASI

Bersebelahan dengan MTDC dan Taman Pantun UKM

 

KOS PEMBINAAN

Projek Kompleks Alumni ini dianggar memerlukan perbelanjaan sebanyak

RM20 juta- RM25 juta

 

 

FUNGSI

  1. Menjadi satu platform bagi memudahkan Alumi UKM memberi sumbangan dana.
  2. Memperlihatkan Kompleks Alumni sebagai kebanggaan dan lambang sumbangan Alumni kepada UKM.
  3. Merupakan tempat merancang dan menyelaras kegiatan alumni yang boleh memberi faedah kepada pelajar dan Universiti melalui Persatuan Alumni peringkat fakulti, kolej dan bahagian.
  4. Menjadi tempat yang menyediakan pelbagai aktiviti sosial dan pendidikan disamping berperanan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat kepada Alumni UKM.

 

KEMUDAHAN / PERKHIDMATAN

  1. Pejabat Pentadbiran bagi Pejabat Perhubungan Alumni
  2. Galeri
  3. Bilik Sumber
  4. Bilik Mesyuarat
  5. Dewan Serbaguna
  6. Bilik Seminar
  7. Bilik Tamu
  8. Lot / Ruang Perniagaan

 

 

 

 

Klik di sini untuk : Borang potong gaji kompleks alumni

brosur-depan

 

Klik di sini untuk : Borang sumbangan tabung Kompleks Alumni