S.M.P.B. @ www.ukm.my/myhealth  
Laman utama Penyelidikan Penerbitan Bantuan Hubungi kami
 
Saringan kesihatan
Saringan kesihatan ini mengambil masa hanya beberapa jam dan yang perlu dilakukan ialah membuat persediaan dengan berpuasa selama 10 jam sebelum pemeriksaan. Ini bermakna anda tidak boleh makan selepas jam 10 malam.
 
Pencegahan penyakit
Aktiviti utama program ini adalah merangkumi program pencegahan dan kawalan penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser, dan juga merokok.
 

PENILAIAN STRES PEKERJAAN

ID :
Kata laluan :

panduan pengurusan stres pekerjaan

Rujukan :
Panduan Pengurusan Stres Pekerjaan (Noor Hassim Ismail, Zaharah Zainuddin dan Mohd Rizal Mohd Zainal) ISBN 978-983-46-0276-5. © Noor Hassim Ismail 2010.


Pengenalan

Pekerja yang telah belajar dan sedar tentang stres juga ingin mengetahui sama ada mereka mengalami masalah stres atau tidak dengan melakukan ujian penilaian stres. Terdapat pelbagai kaedah bagi menilai stres. Antara kaedah tersebut termasuklah penilaian stres melalui peristiwa kehidupan, penilaian stres melalui gejala stres dan penilaian punca stres melalui tanggapan pekerja.

Penilaian Stres melalui Peristiwa Kehidupan (1)
Kaedah penilaian stres melalui peristiwa kehidupan bermaksud pemarkahan yang dibuat berdasarkan peristiwa stres yang dialami seseorang individu. Setiap peristiwa stres dalam kehidupan merrmpunyai markah yang berbeza-beza. Markah ini, seperti yang dipaparkan pada Borang Soal Selidik Penilaian Stres 1, dapat membantu dalam menilai tahap stres pada seseorang individu.

Borang soal selidik ini mengandungi senarai 47 peristiwa stres berserta nilai markahnya. Dengan menjumlahkan markah tersebut, tahap stres yang dialami seseorang individu dapat diketahui. Markah ini dibandingkan dengan nilai piawai yang diambil daripada para pelajar kolej di Amerika Syarikat.

Jika jumlah markah kurang daripada 347, individu tersebut dikatakan mengalami tahap stres yang rendah. Jika jumlah markah melebihi 1435, maka individu tersebut dikatakan mengalami tahap stres yang tinggi.

Penilaian Stres melalui Gejala Stres (2)
Kaedah ini merupakan suatu bentuk borang soal selidik yang dinamai Inventors Stres Peribadi yang dihasilkan oleh Dennis T. Jaffe. Ia digunakan untuk menilai stres berdasarkan gejala stres yang dialami seseorang individu. Gejala stres tersebut adalah seperti yang tercatat pada Borang Soal Selidik Penilaian Stres 2.

Borang soal selidik ini yang mempunyai 52 soalan dalam 11 bahagian sistem badan yang berlainan dan dapat digunakan untuk mengukur tahap stres seseorang individu. Terdapat 11 bahagian sistem badan yang terdiri daripada enam bahagian fisiologi dan lima bahagian psikologi.

Jawapan bagi setiap soalan diambil dalam bentuk skor yang menunjukkan kekerapan sesuatu gejala stres, iaitu skor 0' bermakna tidak pernah, skor '1' bermakna sesekali atau dua kali, skor `2' bermakna setiap minggu dan skor `3' bermakna hampir setiap hari. Jumlah skor pada setiap bahagian sistem badan akan dikira dengan menjumlahkan skor pada setiap soalan untuk setiap sistem badan berkenaan. Manakala jumlah skor keseluruhan dikira dengan mencampurkan jumlah skor pada setiap bahagian sistem badan tersebut.

Bahagian-bahagian sistem badan yang digunakan bagi menilai stres adalah seperti yang berikut:

  • Sistem otot skeletal (Fisiologi)
  • Sistem gastrousus (Fisiologi)
  • Sistem fizikal umum (Fisiologi)
  • Kemurungan (Psikologi)
  • Ketegangan/ keresahan (Psikologi)
  • Tahap tenaga (Fisiologi)
  • Tidur (Fisiologi)
  • Perhatian (Psikologi)
  • Pemakanan (Fisiologi)
  • Aktiviti (Psikologi)
  • Perhubungan (Psikologi)

Dennis T. Jaffe mencadangkan jumlah skor melebihi nilai 40 bagi keseluruhan 52 soalan sebagai definisi seseorang individu mengalami stres. Behau juga mencadangkan jumlah skor melebihi nilai 6 pada setiap 11 bahagian sistem badan sebagai petunjuk bahawa bahagian sistem badan berkenaan mengalami masalah yang berkaitan dengan kesan stres.

Penilaian Punca Stres melalui Tanggapan Pekerja (3)
Kaedah ini dapat dinilai dengan menggunakan borang soal selidik seperti Job Stress Survey. Soal selidik ini ialah berkaitan dengan tanggapan tentang keterukan punca stres di tempat kerja.

Terdapat 30 soalan dalam soal selidik Job Stress Survey ini yang memberikan tumpuan pada kesan ketegangan psikologi akibat suasana kerja. Terdapat dua skala dalam soal selidik ini, iaitu skala Keterukan Stres Kerja dan skala Kekerapan Punca Stres. Buku panduan ini hanya akan menggunakan skala Keterukan Stres Kerja untuk menilai punca stres di tempat kerja. Skala yang menilai punca stres berdasarkan tanggapan pekerja sendiri mempunyai dua subskala, iaitu subskala Keterukan Beban Kerja dengan 10 soalan dan subskala Kurangnya Sokongan Organisasi juga dengan 10 soalan. Terdapat pula 10 soalan yang berkenaan dengan punca stres lain yang terdapat di tempat kerja. Skala ini menunjukkan purata skor keterukan punca stres pekerjaan yang dialami mengikut tanggapan pekerja itu sendiri.

Pekerja akan diminta memberikan skor keterukan punca stres yang dihadapi dari soalan 2 hingga soalan 30; skala pemarkahan adalah di antara nilai terkecil 1 hingga nilai terbesar 9. Tahap keterukan ini akan dibandingkan dengan nilai keterukan punca stres piawai pada soalan 1 yang telah ditetapkan sebagai skor 5.

Terdapat tiga jenis borang soal selidik bagi menilai stres pekerjaan yang dibincangkan dalam bab ini. Borang tersebut adalah seperti yang berikut :

  • Borang Soal Selidik Penilaian Stres 1 (Penilaian tahap stres melalui peristiwa kehidupan).
  • Borang Soal Selidik Penilaian Stres 2 (Penilaian status stres melalui gejala stres).
  • Borang Soal Selidik Penilaian Stres 3 (Penilaian punca stres melalui tanggapan pekerja atau Keterukan Stres Kerja).

BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN STRES 1
Penilaian Tahap Stres melalui Peristiwa Kehidupan

Arahan :
Di bawah ini terdapat 47 peristiwa yang boleh mempengaruhi tahap stres anda. Sila lakukan penilaian peristiwa yang berkaitan dengan diri anda. Bagi setiap peristiwa yang berlaku pada din i anda, tandakan [ X ] pada kotak pertama dan isikan bilangan kekerapan peristiwa itu berlaku kepada din i anda dalam tempoh satu tahun yang lepas. Kemudian darabkan niIai markah peristiwa tersebut dengan bilangan kekerapan peristiwa tersebut berlaku kepada anda. Sebagal contoh jika anda mengalami perubahan tempat tinggal (seperti berpindah rumah), pada peristiwa nombor 21, sebanyak dua kali, maka darabkan nilai markah peristiwa tersebut menjadi 42 dengan bilangan nilai kekerapan iaitu dua. Anda akan mendapat jumlah markah 84 dan ini bermaksud bagi peristiwa tersebut, tahap stres anda bernilai 84. Teruskan membuat penilaian bagi setiap peristiwa stres yang anda alami. Jika terdapat peristiwa yang tidak anda alami, biarkan kotak berkenaan kosong. Sefepas membuat pilihan peristiwa dan pengiraan markah setiap peristiwa yang berkenaan, jumlahkan kesemua markah tersebut untuk mendapatkan jumlah keseluruhan markah. Bandingkan jumlah keseluruhan markah tersebut dengan julat piawai tahap stres seperti jadual di bawah:

Jumlah Keseluruhan Markah Anda: [.............................]

PENILAIAN STRES ARAS STRES ANDA
Jika jumlah keseluruhan markah kurang daripada 347 Anda mengalami Tahap Stres Rendah
Jika jumlah keseluruhan markah lebih daripada 1435 Anda mengalami Tahap Stres Tinggi

BORANG SOAl SELIDIK PENlLAIAN STRES 2
Muka 17

BORANG SOAl SELIDIK PENlLAIAN STRES 3

Penilaian Punca melalui Tanggapan Pekerja (Keterukan Stres Kerja)

Borang ini mempunyai 30 soalan yang menilai punca stres di tempat kerja melalui tanggapan pekerja itu sendiri. Soalan satu (Tugasan kerja yang tidak dipersetujui) telah dipiawaikan dengan nilai skor lima. Anda perlu menjawab soalan 2 hingga soalan 30 dengan membulatkan nilai skor yang anda anggap bersesuaian dengan tahap keterukan stres yang anda alami. Nilai skor terendah ialah satu dan nilai skor tertinggi ialah sembilan. Sebagai contoh jika anda merasakan soalan dua menyebabkan anda lebih stres berbanding dengan soalan satu, anda boleh memberikan nilai skor yang lebih besar daripada lima, iaitu antara nilai skor 6 hingga 9. Jika anda beranggapan bahawa soalan dua kurang menyebabkan stres berbanding dengan soalan satu, maka nilai skor yang boleh diberikan adalah kurang daripada lima, iaitu antara nilai skor 1 hingga 4. Jika anda beranggapan bahawa soalan dua menyebabkan anda mengalami stres yang sama dengan soalan satu, maka nilai skornya ialah lima. Perlu diingat bahawa penilaian terhadap soalan ini adalah berdasarkan tanggapan atau persepsi diri anda sendiri dan bukannya daripada orang lain.

Pengiraan Skor Punca Stres

    • Keterukan Stres Kerja ialah jumlah skor bagi kesemua 30 soalan dibahagikan dengan nilai 30:
      Jumlah skor [.....] /30 = .....
    • Keterukan Beban Kerja ialah jumlah skor bagi 10 soalan pada bahagian (i), iaitu keterukan beban kerja, dibahagikan dengan nilai 10:
      Jumlah skor [.....] /10 = .....
    • Kurang Sokongan Organisasi ialah jumlah skor bagi 10 soalan bahagian (ii), iaitu kurang sokongan organisasi, dibahagikan dengan nilai 10:
      Jumlah skor [.....] /10 = .....

Pentafsiran Punca Stres
Jika hasil kiraan bernilai antara 1 hingga 3 bermakna punca stres adalah rendah; manakala kiraan bernilai antara 4 hingga 6 bermakna punca stres adalah sederhana; dan kiraan bernilai antara 7 dan 9 bermakna punca stres adalah tinggi.

 

Laman utama l Hubungi kami © Hakcipta terpelihara || S.M.P.B. || Tel : +60 (3) 9145 5909 Faksimili +60 (3) 9173 7825