Kolej Pendeta Zaaba Juara Pertandingan Akhir Pidato Piala TNC HEPA UKM

Oleh: Anuar Syafrizal

Disunting oleh : Fazira Abdul Hamid

Ahad, 21 Okt- Satu pertandingan pidato peringkat akhir Piala Timbalan Naib Censelor HEPA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah diadakan di Persada Canselori pada hari ahad 21 Oktober .

                Pertandingan Pidato Piala Timbalan Naib Censelor HEPA merupakan satu pertandingan yang diadakan pada setiap tahun bagi mencungkil bakat terpendam mahasiswa baharu dalam bidang berpidato untuk diasah lagi pada masa hadapan.

                Pertandingan ini telah disertai oleh semua kolej yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia dan tiga buah kolej yang telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan ini iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Tun Dr Ismail dan Kolej Keris Mas.

                Pertandingan ini telah dimenangi oleh Saudari Anita,21 daripada Kolej Pendeta Zabaa.  “ Saya tidak percaya kerana telah mendapat tempat pertama bagi pertandingan ini lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama pertandingan ini dilakukan” kata Anita. Naib johan telah dimenangi oleh Kolej Tun Dr Ismail dan tempat ketiga pula Kolej Keris Mas.

                Pemenang tempat ke-3 pertandingan ini, Mohd Affiq Affandy berkata, beliau berasa amat bangga kerana telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan ini kerena ini merupakan kali pertama memasuki pertandingan besar yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga dapat mengharumkan nama Kolej keris Mas.   

                Johan bagi pertandingan tersebut telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 , Naib Johan RM150 dan tempat ketiga RM100.

 

               

MALAM GALA , MALAM PENGHARGAAN PELAJAR MENTION

Oleh : Anuar Syafrizal
Disunting oleh : Fazira Abdul Hamid
Sabtu, 15 Okt Nilai: Malam Perdana Program Komunikasi Media yang bertemakan “Funktion Night” telah diadakan di Rymba Haven, Nilai pada 15hb Sabtu yang lalu.
Malam perdana ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr. Mohd.Nor Shahizan Bin Ali. Malam Perdana ini juga merupakan acara tahunan yang diadakan bagi mengalukan pelajar tahun 1 dan 2 juga bertujuan bagi menghargai perhubungan diantara rakan-rakan dan juga pensyarah program komunikasi media.
“Di samping dapat berkumpul, kami juga telah membuat anugerah khas kepada beberapa pelajar program komunikasi media di atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan dalam mengharumkan nama baik program”. Kata Muhammad Amin, Ketua Pengarah Malam Perdana
“ Secara jujurnya, saya tidak sangka akan menerima anugerah ini sekali lagi dan saya berbesar hati kerana dapat memenangi selama 3tahun berturut-turut dan harap dapat menjadi dorongan yang lebih baik pada masa hadapan”. Kata Rayven Raj, Pemenang Anugerah Glam malam perdana .

KEMERIAHAN PESTA CAHAYA DISAMBUT OLEH BERBILANG KAUM

Oleh : Lai Sin Dee

Disunting oleh : Anis Nabila Khidir

Butterworth, 6 Nov 2018 –Seramai 2000 orang berbilang kaum telah mengunjungi Sri Muniswarar Temple tahun ini untuk menyambut Hari Deepavali di mana bilangan tersebut telah mencapai sasaran yang dianggarkan.

Sri Muniswarar Temple merupakan kuil yang terkenal di Malaysia lebih daripada 100 tahun dan telah menarik ramai pengunjung setiap tahun sempena Hari Deepavali. Upacara Hindu Festival seperti upacara sembahyang (special prayers) akan diadakan di mana penyembah akan memohon rahmat dari Tuhan.

Yvonne Chan, 38, berbangsa Cina dari Bukit Mertajam turut sembahyang di kuil ini menyatakan bahawa dia telah dimaklumkan upacara pencahayaan ini akan mendatangkan berkat. Oleh itu, dia juga sembahyang untuk memeriahkan Pesta Cahaya ini.

Mahalakshmi A/P Kanthanthebar,18 dari Johor mengunjungi kuil dengan keluarga. Mereka sekeluarga datang menyambut Deepavali di kuil ini jauh dari Johor. Walaupun jauh, tapi mereka sekeluarga amat gembira untuk mendapatkan doa keluarga daripada Tuhan pada Hari Deepavali.

Naliani A/P Nadarajah, 30 berkata bahawa dia mengunjungi kuil ini sebab kawan yang memperkenalkan kepadanya. Dia telah mengunjungi kuil ini 3 kali ketika menyambut Hari Deepavali jadi sambutan Hari Deepavali di kuil ini telah menjadi satu tabiat setiap tahun. “ Walaubagaimanapun, sambutan Deepavali macam ini agak letih sebab bergerak dari Johor ke sini.”, katanya.