ROSSI MEMINTA MAAF GAGAL RAIH PODIUM

Oleh                  : Anharin  Najwa

Disunting oleh  : Lenny Ho Abd Karim

 

Valencia, 20 Nov – Pelumba asal Itali Valentino Rossi meminta maaf kerana gagal meraih tempat di podium MotoGP Valencia di Litar Ricardo Tormo Ahad lepas.

Mula di posisi ke –16  Rossi meluncur ke hadapan dengan gagah dan sempat memotong sampai posisi ke –2 pada lap ke -14 iaitu di belakang Andrea Dovizioso, pelumba Ducati bernombor 4, namun sayangnya bendera merah dikibarkan beberapa saat kerana trek terlalu basah dan pertandingan dihentikan sementara.

Perlumbaan disambung dengan Rossi melakukan permulaan ulangan di posisi ke -3 dibelakang Dovizioso di posisi ke -2 serta Rins di posisi pertama , setelah lima putaran pelumba terhandal pasukan Movistar Yamaha tersebut mencapai posisi ke -2 dan dugaan menimpanya lalu ia terjatuh pada lima lap terakhir yang membuatnya terhenti di posisi ke 13.

“Saya meminta maaf kerana saya dan pasukan memerlukan podium ini namun saya melakukan kesalahan, tetapi apabila melihat data kami tak tahu kenapa hal ini boleh terjadi”, katanya.

Walau rasa kecewa, “The Doctor” mengakui bahawa siri pamungkas adalah siri terbaiknya kerana ia merasa telah berjuang dan memberikan yang terbaik bagi dia dan pasukan Yamaha.

“Walau bagaimanapun, ini adalah Ahad yang bagus, saya merasa kompetitif meskipun dua  perlumbaan terakhir ini tidak mendapatkan apa – apa, tetapi akhirnya saya dapat meraih kemenangan adalah satu perasaan yang benar – benar hebat ketika berjuang dan mampu meraih kemenangan adalah sesuatu yang positif”, tambahnya.

MotoGP Valencia dikatakan sebagai seri terakhir MotoGP di tahun 2018, hasil klasemen akhir MotoGP tahun 2018 ini dimenangkan oleh M.Marcuez (Honda) dengan 321 poin, A. Dovizioso (Ducati) 245 poin, dan V.Rossi (Yamaha) dengan 198 poin.

Sumber : bola.com, detiksport, CNNIndonesia

Pengantin Kanak-Kanak: Bahagia atau Sengsara?

Oleh: Syarifah Fatin Anisa

Disunting oleh: Muhammad Fikri

Perkahwinan boleh diibaratkan sebagai sebuah penyatuan dua jiwa yang bersetuju untuk hidup sehidup semati dalam sebuah ikatan suci. Bagi seseorang muslim, perkahwinan itu tidak akan menjadi sah jika berlaku paksaan dan elemen paling utama adalah kesedaran serta fikiran yang matang setiap pasangan dalam perkahwinan.

Definisi kanak-kanak

Kanak-kanak didefiniskan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kematangan seseorang berkait rapat dengan umur seseorang. Oleh itu, terdapat Enakmen Keluarga Islam di beberapa negeri berkenaan dengan had umur sesebuah perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

Bagi orang islam di Malaysia, umur minimum bagi perempuan untuk berkahwin adalah 16 tahun manakala lelaki adalah 18 tahun tetapi umur tersebut boleh dikurangkan atas kebenaran yang diperoleh Mahkamah Syariah sesebuah negeri. Sementara itu, di bawah undang-undang sivil, seseorang hanya boleh berkahwin pada umur 18 tahun tetapi bagi perempuan, mereka diberikan kelonggaran untuk berkahwin pada umur 16 tahun setelah mendapat kelulusan daripada Menteri Besar.

Permohonan Perkahwinan Bawah Umur meningkat

Berdasarkan statistik yang diperoleh dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), terdapat sejumlah 5283 permohonan perkahwinan kanak-kanak beragama islam mengikut negeri yang menyaksikan Sarawak menduduki tangga yang paling tinggi iaitu sebanyak 974 kes dan Penang adalah yang paling sedikit dengan 91 kes.

Sarawak juga mempunyai bilangan permohonan perkahwinan bawah umur paling ramai dan tidak hanya dalam kalangan orang islam sahaja, malah terdapat 1750 perkahwinan bawah umur kanak-kanak bukan islam dari tahun 2000 hingga tahun 2014 menurut The Penang Institute.

Agama Bukan Pendorong Utama

Dalam hal ini, agama bukanlah pendorong utama dalam isu ini. Media tempatan sering mengaitkan sesetengah negeri yang mempunyai pegangan agama yang kuat dengan isu perkahwinan bawah umur tetapi dengan data ini, jelaslah bahawa agama tidak semestinya menjadi faktor perkara ini terjadi.

Baru-baru ini tanah air digegarkan dengan kes perkahwinan kanak-kanak berumur 11 tahun dengan seorang lelaki dewasa berusia 41 tahun yang didakwa mengamalkan perkahwinan poligami. Namun begitu, tiada tindakan susulan yang dapat dilakukan berikutan kanak-kanak tersebut merupakan warganegara Thailand.

Jika kanak-kanak tersebut merupakan warganegara Malaysia, sudah tentu tindakan akan diambil ke atas “suami” kanak-kanak tersebut kerana umurnya yang terlalu muda untuk dijadikan isteri. Memandangkan lelaki tersebut merupakan penduduk negeri Kelantan, maka Enakmen Keluarga Islam akan diaplikasikan ke atasnya.

Beri peluang kepada kanak-kanak

Umur 11 tahun adalah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Pada umur sebegini, penulis masih lagi bergelumang dengan lumpur, bermain permainan “pondok-pondok” dengan rakan sebaya dan banyak lagi perkara yang selayaknya dilakukan oleh seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan bukannya berada dalam sebuah ikatan yang seharusnya dilalui oleh orang yang matang dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Objektifikasi kanak-kanak

Objektifikasi terhadap kanak-kanak terjadi apabila wujudnya perkahwinan pada awal usia dan pencabulan. Kanak-kanak tidak lagi dilihat sebagai bahan pelampias nafsu serakah manusia yang tidak pernah puas. Mereka seharusnya dilindungi dan dicorak menjadi manusia yang berguna dengan nilai-nilai murni yang mulia tetapi sebaliknya, mereka dijadikan isteri kepada suami yang melihat kanak-kanak sebagai wanita dewasa.

Jika diperhatikan, perkahwinan kanak-kanak di bawah umur ini merupakan sebuah bentuk eksploitasi terhadap mereka. Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak atas tujuan tertentu bagi mencapai faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang diinginkan. Kanak-kanak yang tidak matang dan tidak memahami sesuatu perkara yang dilakukan terhadap mereka tidak akan dapat melawan seterusnya terperangkap dalam alam perkahwinan yang sepatutnya dialaminya sewaktu dirinya dewasa.

Faktor Perkahwinan Kanak-kanak

Perkahwinan kanak-kanak di Malaysia terjadi apabila ia dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat dan daripada desakan daripada ibu bapa menjadikan anak-anak tidak mempunyai pilihan selain menurut kata. Selain itu, seks sebelum kahwin yang diamalkan dan seterusnya mengakibatkan kehamilan bawah umur menjadikan perkahwinan sebagai pilihan utama bagi menutup malu keluarga.

Walaupun terdapat Akta Kanak-Kanak 2001 dan Enakmen Keluarga Islam di beberapa negeri di Malaysia, tetapi tetap tidak dapat membendung perkara ini daripada terus terjadi jika tiada kesedaran daripada ibu bapa yang sepatutnya melindungi anak-anak mereka. Golongan ini seharusnya diberikan kebebasan dan hak bagi menjalani kehidupan kanak-kanak mereka dan bukannya dipaksa untuk menggalas tanggungjawab yang tidak sepatutnya mereka pikul pada usia sebegitu. Orang dewasa seharusnya matang dan tidak bersikap keanak-anakan tetapi jika ia adalah sebaliknya ? Tepuk dada, tanyalah selera.

 

 

 

 

 

 

GANGGUAN BEKALAN AIR MENJEJASKAN SAMBUTAN DEEPAVALI

Penulis: Wan Ilisiema Nusi

KAJANG, 5 Nov- Gangguan bekalan air menyebabkan sambutan Deepavali bagi masyarakat beragama Hindu yang tinggal di kawasan Taman Sakap, Kajang  ini hambar.

Beberapa kawasan seperti di Taman Sakap 7, Taman Sri Jelok dan Utama dan Jelok Ria di sini mendapati, masalah air membelenggu kira-kira 5,000 penduduk di kawasan perumahan.

Rutin harian penduduk di kawasan berkenaan turut terjejas terutamanya aktiviti perniagaan seperti gerai makan dan pusat mencuci kereta yang terpaksa ditutup sehingga bekalan air pulih seperti biasa.

Seorang penduduk, Kumunalan, 51, berkata, masalah air yang berlaku membuatkan dia segan untuk menjemput abang dan adiknya datang ke rumah meraikan Pesta Cahaya itu.

“Mereka hendak datang tetapi saya terpaksa menolak dan beritahu rumah saya tiada air serta tidak boleh menyediakan hidangan Deepavali. Niat kami untuk berkumpul bersama memandangkan ibu tinggal bersama saya juga tidak kesampaian.

“Saya rasa sengsara kerana masalah ini tidak berkesudahan dan setiap kali bangun tidur perkara utama saya lakukan adalah memeriksa pili air. Ini kali pertama saya sekeluarga menyambut Deepavali tanpa air,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Kata Kumunalan, pihaknya sedih dan marah apabila tidak dimaklumkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Sdn Bhd berkenaan masalah air yang berlaku sehingga tidak bersedia menyimpan air.

Masalah sama turut dirasai Peeya, 28, yang memberitahu persiapan menyambut Deepavali terganggu kerana tidak boleh memasak dan mandi, malah ada yang terpaksa menumpang di rumah saudara.

“Bekalan air ada sehari sebelum Deepavali tetapi tidak lama. Akibat ketiadaan air, kami tidak boleh membuat persiapan dan keadaan ini menyusahkan kami khususnya ada anak kecil di rumah.

“Air simpanan di dalam tangki juga tidak boleh tahan lama. Sebelum ini, kami juga pernah mengalami masalah sama selama seminggu tetapi semakin sukar apabila menjelang sambutan Deepavali,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kumunalan menyimpan air untuk kegunaan pada hari Deepavali keesokannya.