NYANYIAN DUO MILIK KRK

Oleh: Siti Syahaslin Idayu Mohd Din

BANGI, 12 Nov – Kolej Rahim Kajai(KRK) menempa nama apabila diangkat sebagai juara dan memenangi wang tunai sebanyak RM500 beserta sijil dan piala iringan dalam pertandingan nyanyian duo inter kolej di majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) yang ke 46.

Pertandingan ini adalah anjuran Urusetia Artisukma dan Pusat Kebudayaan UKM yang bertujuan untuk memeriahkan lagi majlis konvokesyen yang telah berlangsung pada 8 November sehingga 13 November ini.

Felo Kebudayaan Kolej Rahim Kajai, Mohamad Khairullah Atan, 26, berkata “komitmen dan kerjasama antara semua pihak iaitu daripada Majlis Eksekutif Pelajar(MEP) kebudayaan dan Majlis Tertinggi Adyratna yang bertungkus-lumus mengurus keseluruhan persembahan merupakan punca kemenangan KRK”.

“Dan pastinya komitmen yang terbaik daripada kedua penyanyi kami iaitu Fazlan dan Faliq yang ikhlas menyumbang suara dan tenaga mereka,” tambahnya lagi.

Pengacara majlis, merangkap pelajar universiti tersebut, Muhamad Sahrul Fahiz Mat Ariff berkata, “pertandingan ini mendapat sambutan ramai kerana mereka ingin menyaksikan persembahan daripada rakan-rakan mereka juga, dapat singgah ke reruai yang menjual pelbagai jenis pakaian, makanan serta hadiah untuk para graduan”.

“Kelunakan suara serta persembahan menarik yang dilakukan oleh mereka mungkin menjadi jawapan bagi kemenangan kepada kolej tersebut,” tambah Fahiz lagi.

Salah seorang finalis duo daripada Kolej Burhanuddin Helmi, Nur Hamimi Abd Kadir Jelani, 22, berkata “walaupun kami tidak mendapat tempat pertama namun saya amat berpuas hati apabila kolej kami memenangi banyak kategori iaitu tempat ketiga, busana terbaik dan persembahan terbaik”.

“Suasana yang begitu havoc dan meriah disertai oleh ibu bapa serta orang luar daripada universiti ini memeriahkan lagi majlis konvokesyen ini,” kata Nur Farhana Mohd Esa salah seorang orang awam yang menyertai majlis tersebut.

Majlis ini turut dimeriahkan lagi oleh artis jemputan iaitu Azizul Hakim dan Hasraniza (3 JUARA).

Filem Pecah Panggung Malaysia

Oleh: Aim Maizurah Samad

Disunting oleh: Siti Farwani Muhamad

 

Tahun 2018 memberi nafas baru dalam sejarah perfileman Malaysia apabila terdapat beberapa karya tempatan mampu mencecah kutipan puluhan juta ringgit. Sepanjang bulan Januari sehingga 1 November 2018, jumlah keseluruhan 41filem Malaysia yang telah mencapai RM 101,919,799.23. Meskipun begitu, tahun2018 dimulakan dengan filem-filem yang mendapat kutipan yang kurang mendapat sambutan. Filem Malaysia pertama yang ditayangkan untuk tahun 2018 ialah Busker yang berkisarkan kehidupan sekumpulan anak muda yang terlibat dengan busking di sekitar ibu kota. Walaupun pemasaran filem ini boleh dikatakanagak banyak, namun kutipan yang diperoleh hanyalah RM 96,925.75. Ini diikuti oleh filem-filem berikutnya yang mendapat kutipan sekitar RM 100 ribu seperti Best Story, Bukan Malaikat Cinta, Makrifat Cinta dan Badang.

 

Kebanyakan filem Malaysia sama ada berbahasa Melayu, Mandarin atau Tamil rata-rata mempunyai purata kutipan kurang daripada ratusan ribu ringgit. Lebihmenyedihkan, terdapat sebuah filem bertajuk Bidong The Boat People telah menjadi filem yang mempunyai kutipan tercorot dalam sejarah filem Malaysia apabila mendapat kutipan hanya RM 3,536.00. Filem yang ditayangkan pada 1 Mac 2018 ini telah memakan belanja sebanyak RM 1.3 juta. Filem ini merupakan sebuah kisah benar mengenai bagaimana seorang gadis bernama Kien Bidong yang mahu kembali ke  Pulau Bidong  sebagai memperingati detik kelahirannya di sana.

 

Terdapat pelbagai ulasan daripada pengulas filem tempatan antaranya, Ulasan untuk filem ini rata-ratanya positif. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menyifatkan mesej sejagat filem ini tidak kesampaian dan menganggap ia “Hanya layak dijadikan telefilem dan drama bersiri”. Noor Syahidatol Aqma Mohd. Noor dari Kosmo! berkata, “Secara keseluruhan, filem yang mengangkat usaha Malaysia dalam menangani isu pelarian Vietnam, dikenali sebagai ‘The Boat People’ menerusi dua era yang berbeza dan menggunakan empat bahasa berlainan layak diberi pujian sewajarnya”. Meskipun begitu, mereka turut beranggapan bahawa filem ini gagal kerana sifat komersial dan pemasaran filem itu sendiri.

.

Lain pula yang terjadi pada penggal akhir tahun 2018, terdapat beberapa filem yang mendapat kutipan yang tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia kerana mencecah lebih daripada RM 30 juta iaitu filem Hantu Kak Limah, Munafik 2 dan Paskal The Movie. Filem-filem ini mempunyai genre yang berbeza dan tiada satu pun yang mempunyai persamaan antara satu sama lain. Namun perkara utama yang dilihat oleh masyarakat ialah strategi syarikat-syarikat perfileman ini dalam memasarkan produk mereka. Sebagai contoh, Hantu Kak Limah mempunyai perancangan yang sangat teratur apabila Mamat Khalid mengembalikan semula filem Kak Limah Balik Rumah selepas 8 tahun. Perkara yang sama juga terjadi kepada filem Munafik 2 apabila kembali di layar perak selepas dua tahun. Perancangan seperti ini sangat memberi impak terhadap penonton yang inginkan jalan cerita baru dalam sesebuah cerita yang sama. Ini juga menunjukkan penerimaan masyarakat Malaysia dalam menonton filem tempatan.

 

Jika dibandingkan pada tahun 2017, industri filem Malaysia menghasilkan sekitar 59 buah filem tetapi kutipan tiket hanya RM 4.5 juta. Perangkaan itu yang diperolehi daripada laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) adalah jauh lebih rendah berbanding RM 7.16 juta kutipan tiket pada 2016 sedangkan jumlah filem yang dihasilkan pula 47 buah filem. Angka-angka yang sangat ketara antara tahun 2016 hingga 2018 ini menunjukkan industri perfileman Malaysia menunjukkan graf yang sangat berbeza. Industri perfileman juga dilihat cuba mempergiatkan karya-karya mereka dalam pelbagai cara seperti promosi di media sosial, membuat ‘trailer’ yang menarik minat masyarakat dan memaparkan kisah yang lebih dekat dengan norma-norma di Malaysia.

 

Tanpa promosi awal, filem yang ditayangkan di panggung mungkin tidak dapatmenjangkau penonton yang menjadi sasarannya. Semasa penggambaran filem lagi, serta sebelum dan selepas pengeluaran, usaha promosi sudah pun sepatutnya ke udara dan berkongsi dengan penonton perkembangan mengenai filem berkenaan. Cara ini boleh menarik minat lebih ramai penonton. Banyak faktor yang boleh dikenalpasti untuk melonjakkan pencapaian filem tempatan, sebagai contoh menonjolkan elemen popular iaitu aliran cerita serta pelakon yang selari dengan fenomena generasi muda.

 

Radio Midas Kembali Kecoh


Oleh: Siti Syahaslin Idayu Mohd Din
BANGI, 23 Okt – Baru-baru ini, seramai 33 orang pelajar tahun 3 Komunikasi Media kembali
meriuhkan suasana Konti Radio Midas yang terletak di laluan yang diberi nama Chow Kit di
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan(FSSK).
Radio Midas merupakan radio yang diterajui oleh pelajar Komunikasi Media yang bertujuan
untuk memberi latihan kepada para pelajar mengenai penerbitan dan perancangan sebelum
memasuki ke alam pekerjaan nanti.
Menurut tenaga pengajar Radio Midas, Dr Ahmad Saufiyyan Abu Hassan berkata, matlamat
utama radio midas ini diwujudkan adalah untuk melatih para pelajar menjadi penerbit yang baik
disamping membuat latihan menjadi seorang juruhebah, dj atau ‘announcer’.
“Pada semester ini, saya menekankan promosi dalam talian seminggu sebelum ke udara dan
promosi itu dibuat di media sosial Facebook dan Instagram,” ujar beliau.
Pelajar Komunikasi Media, Siti Hanis Suraya Nizam, 23, berkata menjadi juruhebah di Radio
Midas ini adalah tugasan yang perlu kami lakukan pada semester ini dan ia hanya bersiaran
bermula setiap hari rabu jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.
“Saya terasa seperti sedang mendengar radio yang sebenar di mana pelajar-pelajar ini telah
berjaya menjadi juruhebah yang baik serta membawa lagu-lagu dan informasi yang menarik pada
setiap minggu ujar Muhammad Adib Ismail yang merupakan pelajar jurusan Sejarah.
Mengulas dengan lebih lanjut, seorang pendengar dari luar iaitu saudara Muhammad Faris
Hussin, 24, mengatakan radio midas ini memberi manfaat dan menghiburkan ramai pendengar
disamping menyerlahkan bakat-bakat terpendam para pelajar Komunikasi Media.
Radio Midas dijangkakan mungkin akan mempunyai aplikasi radio itu sendiri serta persembahan
akustik yang akan diadakan di studio sebagai salah satu perancangan pada masa hadapan.