ANTI-ICERD RALLY

By: Cynthia Mahendran

Kuala Lumpur, 8 Dec 2018— Malaysia is on the lookout to implement the International Convention on the Elimination of All Form of Racial Discrimination (commonly known as ICERD). A number of citizens joined the recent Anti-ICERD rally held to express their views on rejecting the ratification of ICERD.

ICERD is an international human rights agreement outlining specific standards and steps that should be taken by a country to prevent, eliminate, and redress racism and racial discrimination. It was adopted by the United Nations in 1965.

As of 2018,  179 countries have ratified ICERD, with only 18 countries failing to do so, leaving Malaysia into one of those countries together with North Korea, Brunei, Myanmar, South Sudan, Angola and Bhutan.

As for the Muslim nations, only Malaysia and Brunei has yet to ratify ICERD, unlike their fellow counterparts such as Saudi Arabia, Turkey, Indonesia, Palestine, Iran and Iraq who have all ratified the convention.

Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad guarded his choice not to ratify ICERD in hopes to help the Malays.

“If we want them (the Malays) to be able to catch up with those in front of them, they must be given the opportunity to catch up,” he stated, also adding that not all races are stand a chance in terms of opportunities.

The prime minister’s 17 year old granddaughter Melia Serena, however, took to Instagram to express her disappointment on the amount of turnout at the Anti-Icerd rally.

She posted on her Instagram story with the caption “Disgusting. Take all offence, I don’t care. Extremely disappointing.”

A media influencer Nalisa Alia Amin compared the Bersih rally and Anti-ICERD rally saying “at least Bersih fought for fair elections for all. Anti ICERD is basically just narrow minded Malays shouting at the sky.”

Also stating that she isn’t a “westernized” Malay just because she wants the same privilege as Malays for the other races in Malaysia.

DAP political leader, Lim Kit Siang agreed that Malaysia should not ratify ICERD until the majority has acknowledged the fact that it is not a threat to the various races, religions or the federal constitution.

Ajaran Sesat’ Polis Evo 2 raih kutipan RM3.5juta pada tayangan awal

 

Oleh: Nur Shafika Abu Bakar

 

KUALA LUMPUR 24 NOV – Industri filem tempatan sekali lagi digemparkan apabila filem Polis Evo 2 berjaya meraih kutipan yang lumayan pada tayangan awal filem tersebut pada 20 November yang lalu selepas filem Munafik 2 dan Paskal yang turut mendapat kutipan yang memberangsangkan.

 

Filem aksi Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd dan SCM TBK ini menerima pelbagai tomahan dan spekulasi menerusi trailer yang dipaparkan menerusi akaun Youtube Astro Shaw dimana ramai antara mereka berpendapat filem ini mempunyai unsur ajaran sesat yang mampu menggugat kepercayaan umat Islam.

 

 

Netizen dengan menggunakan nama akaun AnakPulungan HalakBataq meletakkan komen pada trailer tersebut, “filem sampah hina agama Islam, filem apa ni , siapa pengarahnya, Islam bukan agama pengganas, jujur sampah, siapa yang tengok kemaruk dunia”

 

“…Cuba kaji siapa di sebalik filem ini..mereka adalah orang kafir yang membenci kepada orang islam. Lebih malang lagi, orang islam sendiri yang melakonkannya..” komen netizen menggunakan nama Aisya Humaira.

 

“BOIKOT FILEM NI, TAK ABIS2 MEMBURUKKAN IMEJ ORG BERSERBAN, INI SATU PROPAGANDA JAHAT..#BOIKOTFILEMINI” kata netizen dengan nama akaun Jesse Labu.

 

Namun begitu, perkara itu disangkal selepas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri dalam catatan di laman sesawang rasminya bertajuk Bayan Linnas Siri ke 154: Pendirian Mufti Wilayah Persekutuan Berhubung Polis Evo 2 menegaskan“watak antagonis Hafsyam (dilakonkan oleh Hasnul rahmat) tidak menampakkan dia sebagai seorang pengganas atas nama islam secara mutlak kerana tidak ada dialog atau babak yang klishe dalam menggambarkan pengganas atas nama agama seperti bertakbir dan menggunakan apa-apa ayat al-Quran atau hadis”.

 

 

Laman Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.

 

Polis Evo 1 pada tahun 2015 berjaya mengutip RM 17.74juta dan diharapkan Polis Evo 2 yang sarat dengan mesej dan aksi hebat dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak dan pelakon serta model terkenal Indonesia, Raline Shah mampu mencecah kutipan seperti filem Munafik 2 yang berjaya meraih kutipan tertinggi tahun 2018 iaitu sebanyak RM40juta.

 

DEWAN MUDA JOHOR TOLAK ICERD

Oleh : Siti Maizura Othman

Penyunting : Nurfazira Abdul Hamid

 

JOHOR BAHRU , 17 Nov. – Dewan Muda Johor (DMJ) yang akan menjadi kuasa pendesak terbaharu anak muda negeri ini memulakan persidangan pertamanya di Grand Paragon Hotel di sini selama dua hari yang akan berakhir pada esok hari.

Persidangan anjuran Angkatan Demokrasi Milenials Bersekutu (MUDA) merupakan sebuah gerakan anak muda yang bebas, aktif dan mahu tampil memainkan peranan dalam setiap agenda pembangunan masa depan Johor itu menghasilkan beberapa ketetapan

Ketetapan itu dibuat dalam persidangan DMJ membabitkan 50 perwakilan dan antaranya DMJ memberikan ketetapan dalam usaha menolak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

DMJ dalam satu kenya­taan rasmi membantah sebarang usaha untuk meratifikasi ICERD dan demi kepentingan awam menggesa kerajaan untuk mengambil kira pandangan awam terutamanya orang Melayu dan bumiputera sebelum meratifikasi ICERD.

“Rujukan perlu dibuat kepada pakar-pakar Perlembagaan dan perundangan yang non-partisan dan objektif serta berwibawa berkenaan natijah dan kesan ICERD terhadap sistem perundangan Malaysia,” demikian menurut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang, Integriti dan Antarabangsa, Onn Mahathir Md Nasir.

Sebelum ini, kerajaan memberi jaminan tidak akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sekiranya ICERD diratifikasikan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy memberikan jaminan itu dalam persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang mahu tahu pendirian kerajaan berhubung perkara itu.

Menurut DMJ, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Majlis Raja-raja terlebih dahulu dan tanpa perkenannya, ICERD tidak boleh ditandatangani dan diratifikasi Malaysia.

“Ini kerana Perlembagaan memperuntukkan bahawa sebarang perkara yang menyentuh kedudukan istimewa Mela­yu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Dewan Undangan Negeri,” ujarnya.

Selain itu, perkara tersebut juga perlu dibahaskan secara terbuka di Parlimen dengan penuh kejujuran tanpa berselindung tentang implikasi sebenar terhadap peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan jika Malaysia meratifikasi ICERD.

Menurut Ahli Dewan Muda Johor, Mohd Farhanuddin Othman (26) bersama seorang lagi sahabatnya, Mohd Rian Azman (24) berkata, mereka sangat tegas dengan apa yang diperkatakan dalam persidangan ini kerana ia melibatkan pencabulan hak, melalui medium Dewan Muda Johor ini kami mengumpulkan suara untuk membantah ICERD sekeras-kerasnya.

DMJ juga menggesa agar semua pihak menghormati Perlembangaan Malaysia dan Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh semua pihak.