GRADUAN FKAB TAJA PROGRAM HARI KERJASAMA FAKULTI-INDUSTRI 2018

Oleh : Muzaffar Mazuke

Disunting oleh : Nur Afiqah Afrizil

BANGI, 26 NOV – Program Hari Kerjasama Fakulti-Industri anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK) sedang berlangsung selama lima hari di Dataran Perdana FSSK bermula hari ini.

Program Hari Kerjasama Fakulti dan Industri merupakan satu inisiatif pihak penganjur memberi pendedahan dan peluang kepada mahasiswa dalam melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, mencari kerja sambilan dan program latihan.

Penaja program ini yang merupakan Ikon Keusahawanan Pusat Pembangunan Keusahawanan UKM merangkap Pengarah Urusan J Global Resources, Javendra Kumar, 24, mengatakan program ini merupakan platform terbaik buat usahawan mahasiswa menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

“saya anjurkan program seperti ini buat mahasiswa untuk berniaga sekaligus meningkatkan kemahiran perniagaan mereka dengan mendapat tunjuk ajar dengan penglibatan syarikat industri 4.0 secara terus”. tambahnya

Menurut Yasmin Jannah, 21, Program Komunikasi Media yang merupakan salah seorang usahawan mahasiswa yang menjual minyak wangi, baju kain dan aksesori berkata program seperti ini membantu dalam mengembangkan perniagaannya dan dikenali dalam kalangan mahasiswa sekali gus mengasah kemahiran perniagaan.

Nurfatin Azera, 21, Program Undang-Undang, berkata program seperi ini mampu memberikan mahasiswa menambah duit poket dengan bekerja sambilan dengan syarikat industri yang membuka peluang pekerjaan kepada mahasiswa yang mahu mencari duit lebih terutamnya pada penghujung semester.

Menurut Farah Nasuha, 21, program ini mendapat sambutan yang hangat kerana walaupun berada dikawasan fssk tetapi turut dihadiri oleh seluruh mahasiswa yang berlainan fakulti demi memberikan sokongan kepada rakan mahasiswa mereka berniaga.

‘Ramai yang hadir pada program ini terutamanya selepas tengah hari kerana majoriti mahasiswa mempunyai waktu terluang dan mencari makanan tengah hari disini’. Tambahnya.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Che Abdullah Che Ya yang merupakan Penyelaras Siswa, Hal Ehwal Siswa Dan Alumni FSSK yang menyaksikan pelbagai jualan diadakan seperti baju terpakai, beg, aksesori, makanan, buku, dan tudung.