IKON GLEM MENTION 2018 UNTUK TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

Oleh: Cynthia Mahendran

Disunting oleh: Annisa Said

 

BANGI, 15 Dis— Pelajar tahun tiga Program Komunikasi Media (MENTION), Rayven Raj memenangi Anugerah Ikon Glem Mention 2018 sekali lagi selama tiga tahun berturut-turut pada Malam Perdana MENTION anjuran Pusat Komunikasi dan Masyarakat Digital yang diadakan di Rymba Haven, Nilai, Negeri Sembilan.

Rayven Raj, berasal dari Melaka mempunyai minat yang mendalam bagi bidang seni halus serta beliau telah menceburi industri media sejak berumur lima tahun lagi dengan menyanyi, berlakon dan peragaan.

“Kehidupan ini diibaratkan sebagai satu seni dan saya gemar mengekspresikan diri saya secara kreatif setiap hari dengan menjadi versi terbaik diri saya.

Memenangi anugerah ini buat kali ketiga secara berturut-turut telah menjadi salah satu pencapaian yang amat membanggakan sepanjang masa saya sebagai seorang pelajar di sini”, kata Rayven Raj.

Beliau juga merupakan seorang mahasiswa yang bergiat aktif dalam melibatkan diri dengan program universiti.

Beliau merupakan Ketua Editor Gaya Hidup bagi majalah tahunan Univeristi Kebangsaaan Malaysia (UKM) iaitu “Varisiti” selama dua tahun berturut-turut.

Tambahan pula, beliau juga merupakan pelajar Komunikasi Media yang pertama untuk memasuki peringkat akhir dan berjaya mendapat naib johan dalam Piala Debat Naib Canselor UKM pada tahun 2016.

Kehadiran VIP, pensyarah, pelajar serta alumni Komunikasi Media memeriahkan lagi majlis makan malam tahun ini yang bertemakan “Funk-Tion: Color Blocking”. Majlis makan malam diadakan pada setiap akhir tahun untuk merapatkan lagi silaturahim antara pelajar dan pensyarah Mention dengan aktiviti dan persembahan yang menarik.