“Just leave my family alone…”-TMJ

Oleh: Musfirah Salleh

Editor: Noranisha Othman

Sumber gambar: Twitter

KUALA LUMPUR, 26 Dis-  Ucapan selamat ulang tahun kelahiran Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail di Twitter oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menerima tamparan hebat apabila Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang lebih popular dikenali sebagai Tengku Mahkota Johor (TMJ) membalas ucapan tersebut dengan lantang.

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim merupakan adinda kepada TMJ yang telah menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 tahun baru-baru ini.

YB Syed Saddiq telah menciap ucapan tersebut di dalam laman Twitter beliau dengan ucapan “Selamat Hari Jadi Tunku Idris. Patik akan sentiasa mendoakan Tunku dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Teruskan memberi inspirasi.”

Namun YB Syed Saddiq tidak mengambil hati dan membalas ciap tersebut dengan tenang serta mendoakan kesejahteraan keluarga TMJ.

YB Syed Saddiq mendapat pujian daripada netizen akan tindakan beliau yang tenang dan matang terhadap tindak balas dari TMJ

Netizen  dengan menggunakan nama akaun @RezseShah telah meninggalkan komen mengenai isu tersebut dengan memuji tindakan YB Syed Saddiq, “walaupun awak masih muda tetapi cara pemikiran dan tindakan awak lebih matang. Tindakan yang bagus, rakyat boleh menilai awak dengan cara awak membalas ciapan tersebut”.

Lebih-lebih lagi ciapan dari netizen mengatakan “umur dan pangkat adalah semata angka sahaja… cara pembawakan diri yang menunjukkan perbezaan seseorang itu”, komen netizen yang menggunakan nama @zhariframli.

Rata-rata komen netizen memuji tindakan YB Syed Saddiq.

Terbaru, TMJ telah memadam ciap tersebut apabila dipersoalkan oleh netizen tentang tindakannya berbuat demikian.

Beliau juga telah memuat naik ciap baru mengatakan ‘takut masuk penjara’ dengan nada berbaur sinis.

Ciap tersebut dibalas oleh TMJ dengan nada memerli “menyuruh YB Syed Saddiq untuk tidak menganggu ahli keluarganya dan mohon lakukan perkara lain.”

Perkara seperti ini tidak asing lagi demikian kerana sebelum ini YB Syed Saddiq dan TMJ berbalah di laman sosial Twitter berkenaan isu kesempurnaan yang pernah menjadi kontroversi netizen pada bulan Oktober yang lepas.