Kolej Pendeta Zaaba Juara Pertandingan Akhir Pidato Piala TNC HEPA UKM

Oleh: Anuar Syafrizal

Disunting oleh : Fazira Abdul Hamid

Ahad, 21 Okt- Satu pertandingan pidato peringkat akhir Piala Timbalan Naib Censelor HEPA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah diadakan di Persada Canselori pada hari ahad 21 Oktober .

                Pertandingan Pidato Piala Timbalan Naib Censelor HEPA merupakan satu pertandingan yang diadakan pada setiap tahun bagi mencungkil bakat terpendam mahasiswa baharu dalam bidang berpidato untuk diasah lagi pada masa hadapan.

                Pertandingan ini telah disertai oleh semua kolej yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia dan tiga buah kolej yang telah berjaya ke peringkat akhir pertandingan ini iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Tun Dr Ismail dan Kolej Keris Mas.

                Pertandingan ini telah dimenangi oleh Saudari Anita,21 daripada Kolej Pendeta Zabaa.  “ Saya tidak percaya kerana telah mendapat tempat pertama bagi pertandingan ini lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama pertandingan ini dilakukan” kata Anita. Naib johan telah dimenangi oleh Kolej Tun Dr Ismail dan tempat ketiga pula Kolej Keris Mas.

                Pemenang tempat ke-3 pertandingan ini, Mohd Affiq Affandy berkata, beliau berasa amat bangga kerana telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan ini kerena ini merupakan kali pertama memasuki pertandingan besar yang telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga dapat mengharumkan nama Kolej keris Mas.   

                Johan bagi pertandingan tersebut telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 , Naib Johan RM150 dan tempat ketiga RM100.