MENTION GOT TALENT TONJOL BAKAT MAHASISWA



Oleh : Muzaffar Mazuke

BANGI, 6 Dis  –  Pemilihan lagu yang terkini dan kelainan dalam gubahan lagu daripada lagu asal antara faktor kemenangan, kata pemenang Mention Got Talent (MGT) 2018, Rantai Band yang berlangsung di Aras 6, Pusanika UKM harini.

MGT merupakan sebuah pertandingan pencarian bakat terutamanya bakat yang unik anjuran Pusat Komunikasi dan Masyarakat Digital di bawah program Komunikasi Media (MENTION) dan menawarkan hadiah sehingga RM450, barangan kosmetik dan hamper kepada pemenang.

Menurut  Mohamad Fazlan Kamaruzaman, 22, Pengarah MGT berkata pertandingan seperti ini dapat menyerlahkan bakat terpendam mahasiswa kepada umum.

“Kami menerima 30 video penyertaan di Instagram dan hanya 12 terbaik sahaja yang akan ke final dan disebabkan banyak penyertaan dalam nyanyian kami mewujudkan satu anugerah khas iaitu penyanyi terbaik”, tambahnya.

Pemenang MGT, Rantai Band menyifatkan pemilihan lagu dan kelainan dalam gubahan lagu daripada lagu asli antara faktor kemenangan mereka.

“Kami memilih lagu Dinda daripada Masdo kerana lagu ini tular di internet dan disebabkan terdapat peserta lain yang membawakan lagu yang sama jadi kami ubah sedikit lagu ini supaya lain daripada versi asalnya agar lebih menarik dan juri suka akan kelainan itu”, katanya.

Menurut A. Rashid A. Razak, 22, yang merupakan pengunjung merasakan MGT ini sangat bagus buat mahasiswa terutamanya yang mempunyai bakat yang unik dalam mencari platform untuk mengetengahkannya.

Penaja utam MGT merupakan syarikat kosmetik seperti Lead, NRC, Mary Kay dan antara bakat yang menyinar dalam MGT seperti ahli silap mata, gaya bebas bola, beatbox, rekaan baju menggunakan tisu dan nyanyian.