#PELAJARBUKANPENGANTIN KENYATAAN UNTUK PARLIMEN

OLEH NAIM REDHA MOHAMAD KAMAL

KUALA LUMPUR  13 NOV-  Satu perhimpunan untuk melakukan protes terhadap isu perkahwinan bawah umur telah dilakukan bertempat di hadapan Bangunan Parlimen dan bertujuan juga untuk menandatangani beberapa petisyen tentang isu ini semalam.

Perhimpunan ini telah disertai beberapa komuniti yang menentang keras isu perkahwinan kanak-kanak atau perkahwinan bawah umur ini. Vanguards4Change merupakan salah sebuah kumpulan komuniti yang hadir untuk melakukan protes tentang isu ini dan ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada umur 10 ke 21 tahun.

Vanguard4Change ini merupakan satu kumpulan orang muda yang mempunyai had umur10 hingga 21 tahun dan kumpulan ini ditubuhkan bagi membela nasib masyarkata Malaysia terutama sekali masalah yang melibatkan remaja contohnya seperti isu perkahwinan kanak-kanak ini.

“Kami dari Vanguards4Change ini dianggotai oleh mereka-mereka yang ingin memperjuangkan hak sebagai kanak-kanak atau remaja untuk memperoleh masa hadapan yang lebih cerah dan memberi sumbangan kepada negara kerana kami sangat berpegang kepada prinsip “A world fit for Children is a World fit for all” ujar Cathryn Anila pengasas Vanguard4Change.

Antara initipati petisyen yang ingin ditandatangani dan ini diperjuangkan oleh komuniti ini adalah tentang had umur untuk semua remaja atau kanak-kanak yang iginberkahwin di Malaysia adalah 18 tahun dan diisi juga dengan menyuarakan hak-hak kanak-kanak dan remja dan memeberi mereka peluang untuk bersuara untuk hak mereka tetapi hanya akan dipertimbangkan jika isu yang disuarakan memberi manfaat kepada negara terutamanya remaja.

Vanguards4Change juga berharap setelah selesai petisyen ini ditandangani dan dihantar ke kementerian, kerajaan dapat mempertimbangkan segala cadangan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan demi negara yang tercinta.