PENGUNAAN GANJA HALAL DI TAHUN 2019, “HADIAH” TAHUN BAHARU BUAT THAILAND.

Oleh: Naim Redha bin Mohamad Kamal

BANGKOK – 25 DISEMBER : Negara Thailand muncul sebagai negara Asia tenggara pertaman yang mengizinkan pengunaan ganja bagi tujuan kesihatan dan peneyelidikan bermula tahun 2019 tahun 2019.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan negara itu, Somchai Sawangkarn, ia bolehlah dianggap sebagai hadiah bermakna bagi menyambut tahun baharu untuk seluruh rakyat Thailand.

Penggunaan bahan terlarang itu dalam melegakan kesakitan dalam kalangan rakyat Thai bukanlah asing dan ia telah digunakan sejak 1930.

Dengan pengumuman itu, Thailand muncul selaku negara pertama di rantau ini yang membenarkannya secara sah di sisi undang-undang.

Usahawan tempatan dan aktivis Thailand gusar firma asing akan mengambil kesempatan untuk menguasai pasaran tersebut susulan kelebihan dan kapakaran yang terdapat pada mereka.

Langkah Thailand untuk membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan dan penyelidikan berikutan gelombang di di seluruh dunia, termasuk di Colombia, Israel, Denmark, Britain dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Uruguay dan Kanada telah mengambil langkah lebih jauh dengan membenarkan penggunaan secara rekreasi.

 

Jiran-jiran negara Thailand seperti  Malaysia dan Singapura masih berada di peringkat awal untuk membahaskan sama ada untuk menghalalkan ganja bagi tujuan perubatan, tetapi ia adalah isu yang sensitif kerana ia menyalahi undang-undang dan diharamkan di kebanyakan negara di Asia Tenggara.

 

Rantau ini mempunyai hukuman antara paling berat di dunia, termasuk tempoh penjara yang panjang kerana memiliki dadah di Thailand, dan hukuman mati di Singapura, Indonesia, dan Malaysia untuk kesalahan pengedaran dadah.