RUMAHTANGGA IBARAT PERJUDIAN

Oleh: Nurulalia Binti Mohamad Noor Affandi

Sering kali kita mendengar akan pepatah bahawa perkahwinan merupakan satu perjudian di dalam hidup ini. Jikalau kita bernasib baik maka kemenangan akan berpihak kepada kita,akan tetapi jika kita tidak bernasib baik sudah pastinya kita akan tewas . Sejauh manakah kita sanggup bertaruh hanya untuk mencapai kebahagiaan rumah tangga yang tidak pasti di masa hadapan?

Keganasan rumah tangga bukan lagi perkara luar biasa yang sering berlaku di kehidupan seharian kita, tatkala kita membelek surat khabar pada waktu pagi sentiasa terpapar isu-isu kes penderaan fizikal dan mental terhadap isteri. Hal ini juga hanya disedari apabila si mangsa melaporkan kepada pihak polis ataupun sehingga meragut nyawa,bagaimana pula kes-kes penderaan yang tidak dilaporkan atau tidak berani menampilkan diri untuk meminta bantuan?

Sebagai contoh yang berlaku di negeri Johor telah mencatat sebanyak 3,424 kes keganasan rumah tangga sejak tahun 2013 hingga Mei lalu. Hal ini menunjukkan Johor adalah negeri kedua tertinggi bagi kes ini selepas Selangor. Isu keganasan terhadap wanita sememangnya berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya dan  perlu ditangani kerana ia menjejaskan kemajuan dan kesejahteraan wanita.

Adakah kerana wanita merupakan satu simbolik yang lemah dan harus menuruti segala yang diperintah oleh si suami sehingga berlakunya keganasan terhadap wanita jikalau ingkar?Penulis sedar akan kewujudan pelbagai pertubuhan NGO ataupun pihak kerajaan yang banyak menghulurkan bantuan terhadap mangsa keganasan ini,namuni tidak ada satu data yang menunjukkan kekurangan kes keganasan tetapi menunjukkan lagi peningkatan isu keganasan dalam rumah tangga.

Walaupun ramai lagi wanita Yang menjadi mangsa penderaan tidak melaporkan kepada pihak polis, akan tetapi apakah kebaikan yang mereka dapat jika melaporkan suami mereka,setelah ditangkap,diikat jamin lalu dilepaskan. Hal ini Alan member in an trauma dan kes begitu hanyalah kes  yang tiada kesudahan.

Bagi contoh negara New Zealand , penguatkuasaan negara Kiwi ini memberi contoh kepada seluruh dunia bahawa hak asasi seorang wanita amat terjaga dan jikalau berlaku keganasan terhadap pihak wanita,si pelaku akan dikenakan hukuman yang setimpal. Di negara ini juga wujudnya keberanian bersuara di mana wanita tidak takut atau gentar untuk melaporkan kepada pihak polis sekiranya berlaku penderaan terhadap mereka. Hal ini demikian keranamereka tahu akan kesan yang bakal menimpa kepada pelaku amat berat. Penguatkuasaan negara New Zealand ini patut dijadikan teladan kepada negara Malaysia supaya tidak lagi berlaku peningkatan keganasan rumahtangga dari semasa ke semasa.