Sime Darby Jalin Kerjasama Dengan UKM FC

Oleh Sharul Nazrin Rezal

BANGI 24 Mac – Jalinan kerjasama antara UKM FC dan pasukan bola sepak Sime Darby mula menampakkan hasil apabila pasukan Sime Darby kini gah di persada liga Piala Presiden 2015.

Seramai 12 pemain UKM FC telah diserapkan ke dalam skuad Sime Darby untuk megharungi cabaran Piala Presiden 2015. Usaha serampang dua mata ini dilihat amat baik untuk persedian UKM FC bermain di peringkat liga yang lebih tinggi dan mencari pelapis skuad bola sepak negara.

Sime Darby kini mendahului carta liga setelah berjaya mengutip 14mata selepas 6 perlawanan. Walapun skuad presiden Perak di tangga yang ke-2 turut memungut 14 mata namun Sime Darby mempunyai kelebihan jaringan.

Sime Darby bakal bertandang ke Sarawak pada 25 Mac depan untuk perlawanan seterusnya. Sarawak kini menghuni tangga ke-2 tercorot liga dengan mata terkumpul sebanyak empat mata .