33 Ekor Lembu Dikorbankan Sempena Majlis Korban UKM


Oleh Radzuan Ghazali

Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 24 Ogos 2018 – Sebanyak 32 ekor lembu dikorbankan sempena Majlis Ibadah Korban dan Akikah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung di parkarangan Masjid UKM pada 23 Ogos baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, 20 ekor disumbangkan oleh Yayasan Madinah, Kuwait; 12 ekor  sumbangan UKM dan seekor dari Kerajaan Negeri Selangor.

Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali menyempurnakan korban tersebut.  Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dato’ Dr Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato’ Ir Dr Mohd Marzuki Mustafa; Pengarah Eksekutif Pentadbiran, Abdul Razak Hussin, Ketua Pusat Islam Dr Abdull Rahman Mahmod dan wakil Yayaasan Hasaneh, Dr Mohamad Al-Bain.

Terdahulu, Naib Canselor, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan dalam ucapannya, melahirkan rasa syukur kerana pihak UKM menerusi kakitangannya bergotong-royong melaksanakan ibadah korban yang dituntut oleh Allah S.A.W.

Katanya, walaupun pada tahun ini lembu korban adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan tahun lalu dan tahun-tahun sebelummya namun ia bukanlan ukuran jika dilihat dari soal kuantiti tetapi pengorbanan pihak staf yang bersama-sama melakukannya sehingga berjaya.

“Apa yang pasti saya kagum dengan pelaksaanaan ibdah korban yang dijayakan secara teratur dari peringkat penyembelihan sehinggalah pengagihan kepada yang berhak.

Saya percaya jika dilihat secara ilmiah ia boleh dianggap mengikut standard or procedure – SOP yang jarang dilakukan oleh phak lain malah boleh diikuti oleh mereka yang berminat”, kata beliau.

Pada majlis itu, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan turut mengagihakan daging korban kepada mereka yang menyertai ibadah ini selain bersama jemputan menikmati jamuan makan tengahari.

Kakitangan UKM dan orang ramai turut mendapatkan daging korban sebanyak 1.5 kilogram setiap orang sumbangan pihak Masjid UKM.