Amalan Bijak Kurangkan Jangkitan Telinga

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Pic Shahidan Saidi

BANGI, 11 Feb, 2016 – Jumlah kes jangkitan telinga dan sakit telinga semakin meningkat, tetapi  sebenarnya ia boleh dibendung secara drastik dan kos rawatan dikurangkan dengan ketara jika amalan munsabah dipatuhi, kata  Perunding Kanan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)  Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Asma Abdullah.

Dalam satu kajian baru-baru ini pada beberapa klinik ENT di Lembah Klang, beliau  mendapati bahawa punca utama keradangan telinga dan saluran luar telinga, atau Acute Otitis Externa (AOE), adalah pembersihan telinga dengan putik  kapas dan mengorek telinga.

Kes-kes yang berpunca daripada berenang dalam kolam agak kurang, manakala  mendengar muzik dengan alat pendengar atau ‘ear-phone’ tidak dianggap sebagai faktor utama.

“Adalah penting untuk menyedari bahawa jangan meletakkan sesuatu dalam telinga untuk membuang kotoran dan serpihan kerana ia adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran atau rosak saluran telinga,” beliau menasihatkan.

Kajian ini juga meneliti kos yang ditanggung untuk merawat kes-kes dan dianggarkan bahawa jumlah purata untuk merawat satu kes AOE setiap lawatan adalah RM 84.60, yang diberi subsidi di hospital kerajaan.

Dengan sejumlah 180 kes dianalisis dalam penyelidikan, jumlah kos rawatan adalah kira-kira RM35,000.

Beliau mencadangkan bahawa pihak berkuasa melaksanakan strategi untuk memberitahu orang ramai mengenai cara-cara untuk mencegah AOE sebagai langkah untuk mengurangkan kos untuk rawatan, yang akan ditanggung oleh kerajaan.ukmnewsportal-bm
02

03