Analisis Pilihan Raya Umum Singapura 2015

4
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

BANGI, 19 Okt 2015 – Parti pemerintah Singapura Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperoleh majoriti yang lebih besar dalam pilihan raya umum 2015 September lalu, bukan kerana faktor simpati berikutan kematian bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew baru-baru ini, tetapi lebih bertimbang rasa terhadap rungutan rakyat dan faktor gembira.

PAP menunjuk prestasi yang lebih memberangsangkan berbanding pilihan raya  tahun 2011 kerana ia mengambil iktibar daripada akar umbi dan menyelesaikan isu-isu asas, kata Dr Terence Chong, Felo Kanan di Institut  Kajian Asia Tenggara Yusof Ishak Singapura (ISEAS).

Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini pada 16 Oktober lalu, Dr Chong berkata PAP melaksanakan dasar menambahkan rumah mampu milik untuk orang baru berumah tangga manakala mengetatkan imigresen; dua isu terpenting bagi rakyat jelata.

“Imigresen, terdapat kemasukan orang asing secara besar-besaran  sepanjang dekad yang lalu. Infrastruktur tidak dapat menampung kemasukan ini. Harga perumahan naik. Pasangan muda terpaksa menunggu untuk rumah mampu milik.

“Maka dasar mesra kelas menengah telah diperkenalkan. Dasar penjagaan kesihatan dilanjutkan kepada kelas pertengahan. Siling pendapatan kelayakan perumahan awam dinaikkan kepada $ S12,000 sebulan,” beliau menjelaskan.

Dalam ceramahnya bertajuk ‘Singapura Pilihan Raya Umum 2015: Apa Berlaku?’ beliau juga membuat kesimpulan bahawa peningkatan dana untuk Pengangkutan Laju Massa (MRT) dan menambahkan bilangan bas awam disambut baik.

Beliau mengakui bahawa terdapat juga kebimbangan bahawa PAP mungkin ditumbangkan berikutan pertambahan besar bilangan kerusi untuk Parti Pekerja (WP) dan Parti Demokratik Sosial (SDP) dalam pilihan raya 2011.

“Golongan kelas menengah agak konservatif dan risau PAP kehilangan kuasa. Mereka takut secara tidak rasional yang WP akan berkuasa.

“Jika anda seorang ahli perniagaan kecil bergantung kepada kontrak kerajaan, anda perlu berfikir dua kali sebelum menyertai pembangkang,”  kata beliau.

Faktor lain adalah bahawa rakyat Singapura lebih berpuas hati  berikutan persepsi yang dunia kagum dengan pembangunan republik tersebut dan kejayaan ahli-ahli sukan pada peringkat antarabangsa, yang dikenali sebagai ‘Singapura 50 Tahun’ atau SG50.

“2015 adalah tahun Jubli Emas merdeka. Mereka baru sahaja menyaksikan perarakan terbesar hari merdeka pada 9 Ogos.

“Rakyat Singapura diingatkan bahawa dalam tempoh itu, Singapura beralih dari dunia ketiga ke dunia pertama. Mereka juga mempunyai faktor perasaan seronok kerana kejayaan dalam Sukan SEA dan Sukan Olimpik,” ujar beliau.

Walaupun beberapa penganalisis menyifatkan pemergian bapa kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Lee sebagai faktor, Dr Chong  ada pendapat lain.

“Undi Simpati? Saya tidak bersetuju. Sebaliknya, ia membantu memberi tumpuan minda rakyat Singapura kepada betapa banyak republik ini telah mencapai melalui berkat kerja keras dan perpaduan.

Pemergian beliau (Lee) menekankan mesej kepimpinan yang baik yang PAP berkempen pada PRU2015. “

“Tambahan pula, penyandang Perdana Menteri Lee Hsien Loong agak popular dan strategi PAP menumpu perhatian kepada beliau ketika  kempen pilihan raya . Poster-poster beliau terpampang dimana-mana sahaja semasa kempen ini, yang mengecewakan calon-calon pembangkang, ” katanya.

Beliau berkata rakyat Singapura mengambil kira perkara ini dan tidak mahu perubahan dalam kerajaan.

PAP menang besar dengan mengambil 83 daripada 89 kerusi dalam pilihan raya paling sengit apabila semua kerusi dicabar oleh pembangkang.

Keputusan daripada pungutan suara ini  mengukuhkan mandat parti dan perdana menteri Lee ketika ekonomi lembap.

PAP yang memerintah sejak kemerdekaan pada tahun 1965, memang  dijangka menang, tetapi parti-parti pembangkang berharap untuk meraih undi yang cukup untuk mencabar dominasi politik itu.

Ceramah tersebut telah ditaja oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM.ukmnewsportal-bm

3

2

1