Bantuan UKM Dipohon Selidik Asal Usul Lebur Besi Di Cambodia

001
Pakar Arkeologi Prof. Dr. Thuy Chanthourn

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Pix Izwan Azman

BANGI, 7 November 2015 – Kemboja memohon bantuan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyelidik teori seorang ahli arkeologi bahawa teknologi peleburan besi diperkenalkan ke Asia Tenggara pada abad ke-5 Masihi dari Lembah Indus yang terletak di Barat Laut Pakistan dan Afghanistan.

UKM mungkin berminat kerana  peleburan bijeh besi tiba di Nusantara  lebih awal daripada Kemboja, kata Prof. Dr. Thuy Chanthourn, Timbalan Pengarah, Institut Kebudayaan dan Seni, Akademi Di-Raja Kemboja.

Kemahiran itu dibawa oleh pedagang dari barat, iaitu Empayar Kushan, yang juga mengikuti pendakwah agama Buddha, kata Prof Chanthourn dalam syarahan beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini pada 15 September lalu.

Tapak relau besi terawal di Kemboja ditemui pada tahun 2010 dan dipercayai berusia 1,500 tahun, katanya dalam syarahan beliau bertajuk Pengeluaran Besi Purba Di Asia Tenggara (Sejarah Besi Kemboja ), yang dianjurkan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Pakar arkeologi tersebut percaya bahawa kerajaan Khmer purba, yang membina Angkor Wat pada abad ke-12, mempunyai hubungan dengan warga Empayar Kushan yang memperkenalkan agama Buddha.

Ahli sejarah percaya para pelawat dari Gandhara (Peshawar, Pakistan), berniaga dengan kerajaan-kerajaan Mons dan Cham di wilayah yang kini sebahagian daripada Kemboja.

Beliau percaya bahawa teknologi besi telah diperkenalkan oleh bangsa  yang sama yang membawa agama Buddha ke Kemboja.

“Di Angkor Wat, terdapat motif dan ukiran dinding yang menggambarkan wajah-wajah orang yang ciri-ciri pastinya bukan Asia tenggara, tetapi ‘Caucasian’ (Barat), yang mana wajah dan gaya rambut hampir menyerupai karya seni tamadun Gandhara berasaskan agama Buddha. Terdapat ukiran lain jelas menunjukkan orang Asia tenggara yang kita boleh bandingkan.

“Jika mereka (orang Gandhara) boleh mempengaruhi ukiran di Angkor Wat, mereka juga boleh memperkenalkan kraf dan kemahiran baru,” jelas beliau.

Beliau memberi alasan bahawa teori ini tidak mustahil kerana sahih  bahawa agama Hindu telah diperkenalkan ke Nusantara  Melayu dan kerajaan Funan dan Chenla di Kemboja beratus-ratus tahun terlebih dahulu oleh sami-sami dari kerajaan Kalinga di selatan India.

“Masyarakat India selatan menubuhkan Empayar Khmer di Indochina, kerajaan Langkasuka, Gangga Negara dan Kedah Lama di Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan Sriwijayan di Sumatera, kerajaan Singsori dan Empayar Majapahit yang berpusat di Jawa, Bali,” beliau menerangkan.

Prof Chantourn menemui bengkel besi terawal di Kemboja pada tahun  2010 selepas beberapa tahun menerokai kawasan luar bandar di sepanjang jalan laluan purba zaman Angkor Wat.

Penemuan tapak relau besi tersebut di Preah Vihear dibuat secara kebetulan, apabila sebuah jentolak di tapak pembinaan lebuh raya baharu menggali tanah dan batu-batu yang berwarna berbeza dari bumi biasa.

“Ia adalah tanah sangat gelap, hampir seperti kopi … dan batu-batu kecil hitam bagaikan oniks ,” katanya.

Kemudian beliau dan para pelajar beliau ternampak serpihan periuk tanah liat dan besi lebur .

Prof Chanthourn segera meminta para pekerja untuk berhenti kerja.

“Saya merayu mereka, ‘sila berikan saya beberapa minit untuk mengenali,'” kerana ini mungkin tapak peleburan besi yang belum  diketahui oleh pakar arkeologi”, katanya.

Pekerja-pekerja  bersetuju, dan beliau memohon supaya mereka  bekerja satu kilometer dari tapak tersebut, katanya.

Kerajaan menyedari akan kepentingan tapak purba itu, dan beliau  mendapat sokongan kerajaan untuk menjalankan penggalian arkeologi dengan pasukan pelajar dan pekerja.

Beliau dan pasukannya menggali pada tahun 2011 dan sekali lagi pada tahun 2012. Selain beratus tapak-tapak kecil, mereka dapat mengenal pasti lima tapak utama bengkel besi.

Para penyelidik tidak hanya menemui keping lebur besi pada permukaan bumi, malahan juga paip yang digunakan dalam peleburan bijih besi.ukmnewsportal-bm
002

Prof Chanthourn menerima cenderamata daripada Timbalan Pengarah ATMA Prof Madya Dr. Zuliskandar Ramli