Berita Sukan Masih Dikuasai Lelaki – Penyelidik FSSK

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto FSSK

BANGI, 15 Oct 2015 – Akhbar-akhbar arus perdana berbahasa Inggeris di  Malaysia menunjukkan kecenderungan kepada lelaki dan obsesi dengan kecemerlangan sukan.

Kajian yang dilakukan pada sebuah akhbar harian Inggeris tempatan menunjukkan bahawa petikan dalam laporan berita sukan lebih berat sebelah kepada lelaki dalam bentuk responden atau orang terkemuka, tempatan dan asing, kata Prof Madya Dr Tan Kim Hua, seorang penyelidik dan pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (FSSK-UKM).

Beliau dan para pelajarnya mendapati bahawa 90% daripada tulisan adalah mengenai ahli sukan lelaki, jurulatih lelaki dan / atau seorang menteri lelaki.

“Hanya 31 daripada 300 sampel artikel yang ditulis adalah mengenai ahli sukan wanita ,” kata Dr Tan dalam kertas kerja beliau pada Persidangan  Synergi Dalam Penyelidikan Bahasa dan Amalan (SoLLs.INTEC.15) 2015

“Artikel di mana olahragawati disebut kebanyakannya mengenai sukan gelanggang dan padang,  seperti skuasy, golf dan tenis manakala ahli sukan lelaki disebut dalam semua kategori sukan.

“Kaum lelaki masih menguasai arena sukan. Kaum hawa kurang mendapat perhatian dan hanya mereka yang paling terkemuka dipaparkan.

“Kebetulan pula, jurulatih untuk olahragawati kebanyakannya lelaki,” katanya pada persidangan tersebut yang beliau mempengerusikan di sini pada 30 September.

Mereka mengkaji halaman sukan akhbar Malay Mail dalam talian dan mengira  jumlah tiga perkataan kandungan tertinggi menggunakan perisian yang dipanggil AntConc 3.4.3 untuk menganalisis Concordance, kajian teks elektronik atau analisis bahasa secara mendalam.

Kajian ini juga mempunyai implikasi bahasa, yang merupakan tiga kata-kata kandungan yang digunakan secara berlebihan, iaitu ‘Kata’ sebanyak  669 kali, ‘Dunia’ 408 kali dan ‘Satu ‘dengan 381 kejadian

” Tiga perkataan kandungan paling kerap daripada senarai perkataan yang dijana daripada analisis Concordance membawa erti yang penting.

 “Berdasarkan kepada kekerapan tertinggi kelompok, implikasinya adalah dunia sukan masih lagi dikuasai lelaki,”  jelas beliau.

Taraf Kekerapan Kluster
  129 Beliau (lelaki) berkata
  23 Beliau (wanita) berkata
  11 Djokovic berkata
  10 Dan berkata
  8 Saya berkata

Beliau menyatakan bahawa perkataan ‘kata’ muncul paling banyak kerana ia adalah satu kata kerja laporan dan juga sebahagian daripada ucapan laporan.

“Konteks ini dikaitkan kepada manusia atau kata ganti nama. Sebagai contoh, perkataan ‘kata’ adalah digunakan apabila seseorang sedang bercakap tentang sesuatu pada masa lalu (beliau berkata, Agassi berkata, kata Dennis).

“Dari segi berita sukan, perkataan ‘kata’ muncul dengan perkara seperti ‘kelab’, ‘pengurus’, ‘jurulatih’, ‘menteri’ atau ‘nama pemain’, Dr Tan beritahu.

Beliau percaya bahawa penggunaan perkataan ‘Satu’ dan ‘Dunia’ yang keterlaluan ada implikasi sosial, seperti penekanan kepada kedudukan dan pencapaian oleh kedua-dua penulis dan pemain, yang menunjukkan keasyikan masyarakat semasa dengan kecemerlangan.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik FSSK 29 hingga 30 September.ukmnewsportal-bm
2

3