Ceramah Motivasi Untuk Pelajar Baru

6
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto: Shahiddan Saidi, Izwan Azman

BANGI, 4 September 2015 – Anda tidak perlu menjadi seorang pelajar yang sentiasa mencatat markah tertinggi untuk berjaya di UKM tetapi anda perlu cuba menyerlah dalam bidang pilihan yang boleh membawa penghargaan kepada diri sendiri dan universiti.

Pelajar baru di UKM telah diberitahu bahawa kehidupan di kampus bukan setakat akademik sahaja, malahan mereka digalakkan untuk melakukan sesuatu yang boleh menyumbang secara positif dalam perjalanan pengajian mereka.

Anggota Alumni dan pelajar senior UKM memberi pujukan kepada pelajar tahun pertama pada Program Minggu Mesra Mahasiswa Sesi Akademik 2015-2016 –  ‘Guardian Of The Nation, di sini hari ini.

Mereka mendorong rakan-rakan mereka yang lebih muda supaya jangan malu untuk menunjukkan kebolehan dan menjadi serba boleh.

Antara pelajar senior yang berceramah di program tersebut ialah  Lilian Lee dari Fakulti Undang-Undang. Beliau bersama rakan sepasukannya pernah menjuarai Pertandingan Mahkamah Moot Akademi Undang-Undang Udara dan Angkasa Lepas Antarabangsa di Paris, Perancis pada Jun 2014 yang lalu.

Lillian yang menamatkan pengajian tahun ini berkata beliau tidak pernah mencatat markah ‘A’ di bangku sekolah tetapi apabila menjadi mahasiswa UKM beliau teruja dengan bidang perbahasan, sesuatu yang beliau tidak dapat membayangkan sebelum ini.

Beliau adalah juara debat kebangsaan bagi universiti pada tahun 2013, dan pelajar tunggal UKM yang mewakili Malaysia pada pertandingan di University of Glasgow di Scotland sebelum persembahan cemerlangnya di pertandingan Moot Court di Paris.

Beliau menasihatkan pelajar-pelajar baru supaya bermula secara kecil-kecilan dan seterusnya memperbaiki prestasi langkah demi langkah di UKM.

” Anda perlu ada motivasi dan menjadi lain daripada yang lazim,” katanya.

Seorang alumni Fakulti Undang-undang Zainal Asnawi Asyraf Zainal Abidin dari Kolej Amnuddin Baki menceritakan yang beliau menjadi johan Debat Piala Naib Canselor pada tahun 2013 dan memperoleh tempat ketiga dalam Debat DiRaja 2015.

Beliau juga memenangi Piala Dekan Fakulti Undang-undang tahun 2015  dan Pengerusi Debat Piala Pidato YPC.

Zainal Asnawi kini merupakan penceramah motivasi dengan syarikat  Big Ideas Trainers Communications.

Pada program ini seorang pelajar antarabangsa turut memberi ceramah motivasi kepada mahasiswa.

Maher G.M. Abdolrasool dari Tobruk, Libya berkata, beliau begitu kagum dengan bahasa Melayu sehinggakan beliau menceburi bidang Pidato awam.

Bahasa ibunda mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina ini ialah  Bahasa Arab, tetapi beliau juga fasih dalam Bahasa Melayu.

Maher baru-baru ini telah memenangi tempat ketiga dalam  Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2015 bagi kategori pelajar antarabangsa di Malaysia.

Pelajar tahun tiga ini berikrar untuk cuba lagi dalam pertandingan tahun depan dan memperbaiki prestasi.

Beliau juga merupakan juara Pertandingan Pidato Adat Perpatih di Negeri Sembilan untuk peserta antarabangsa.ukmnewsportal-bm

7

 

3

4

5