Dr Madeline Berma Ahli Majlis Penasihat Dan Perundingan Wanita 2015

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

PUTRAJAYA, 25 Ogos 2015 – Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Madeline Berma telah dipilih sebagai salah seorang ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Wanita (MPPW) 2015 sempena Sambutan Hari Wanita 2015 kali ke-53 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Beliau dipilih bersama 17 ahli yang lain termasuk Mantan Naib Canselor UKM, Tan Sri Dato’ Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Sri Rohani Abdul Karim sebagai Pengerusi