Ekonomi Malaysia Mampu Hadapi Kejutan Luar, Kata Naib Canselor

Malaysia’s Economy Able To Withstand External Shocks, Says VCOleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 21 Januari 2015 – Masalah ekonomi semasa adalah disebabkan oleh kejutan luaran seperti kejatuhan harga minyak mentah dan kelembapan pertumbuhan beberapa ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia sebelum ini.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata ia pasti bukan suatu tanda bahawa Malaysia telah melakukan salah langkah dalam pengurusan ekonomi.

Beliau berkata masalah ekonomi semasa adalah satu fenomena jangka pendek kitaran di mana Malaysia bersedia untuk menanganinya secara langsung.

Prof Noor Azlan berkata demikian pada suatu forum di Putrajaya semalam selepas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan beberapa langkah proaktif bagi memastikan hasrat pertumbuhan, pembangunan dan defisit negara kekal di landasan yang betul dalam tindakannya menghadapi perubahan dalam landskap ekonomi global.

Turut mengambil bahagian dalam forum itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Prof Noor Azlan menjelaskan bahawa Malaysia bersedia untuk menghadapi sebarang ketidakstabilan kewangan luar kerana ia telah membuat beberapa penyesuaian sebelum menghadapi kegawatan ekonomi global sekarang.

Langkah-langkah ekonomi yang diumumkan Datuk Seri Najib adalah tepat pada masanya dan akan mengukuhkan ekonomi negara, tambah beliau.

Antara pengumuman Perdana Menteri itu ialah pengurangan perbelanjaan mengurus sebanyak RM5.5 bilion bagi tahun ini manakala perbelanjaan pembangunan tetap dikekalkan.
ukmnewsportal-bm