ExxonMobil sumbang RM265k bagi UKM STEM Club

1
Oleh Nastura Nasir
Gambar oleh Izwan Azman

BANGI, 25 September 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima sumbangan sebanyak RM265 ribu daripada ExxonMobil untuk pembiayaan projek ExxonMobil-UKM STEM Club.

Program tersebut mempunyai empat fasa yang bermatlamat untuk mempromosikan minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), dan seterusnya meningkatkan celik tenaga dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia.

Encik Sukiman Mohamed, Ketua Pengarah Hal-ehwal Masyarakat dan dan Kerajaan ExxonMobil berkata, sumber tenaga dunia semakin berkurangan dan kita terpaksa meneroka hingga ke ceruk dunia bagi mendapatkan sumber-sumber tenaga yang baru.

Justeru, beliau berharap semoga dengan program-program seperti ini dapat memupuk  lebih ramai lagi anak muda meminati bidang STEM dan seterusnya  melahirkan pakar-pakar yang dapat menyumbang kepada kelestarian tenaga dan teknologi  di negara ini secara khususnya.

Beliau berkata demikian di upacara Pelancaran ExxonMobil-UKM STEM Club di Fakulti Pendidikan, UKM baru-baru ini.

Kenyataan tersebut dipersetujui oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar dan beliau berkata Malaysia amat memerlukan pakar-pakar tersebut bukan sahaja dalam mendapatkan sumber tenaga baharu, bahkan juga dalam membantu negara menghadapi situasi krisis ekonomi, bencana alam dan sebagainya.

Para pelajar juga digalakkan untuk berkhidmat dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia selaras dengan matlamat Malaysia menuju negara maju menjelang 2020.

Program perintis ExxonMobil-UKM STEM Club telah dilancarkan pada September 2016 dengan melibatkan 500 pelajar dari 10 buah sekolah di sekitar Lembah Klang dan Pekan, Pahang.ukmnewsportal-bm
2

3