Festival Sanjung Satria Yang Hebat

Sanjung Satria Festival For Future LeadersOleh Nasrullah Uul (Pelajar Pelatih UKM)
Foto Shahiddan Saidi

BANGI,  9 April 2015  – Oleh kerana Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) adalah tempat mencipta modal insan, pelajar digalakkan ikut serta dalam program-program yang diadakan kampus serta kerlibatan dalam organisasi.

Berucap sekaligus merasmikan Festival Sanjung Satria ke-14 (FESSAT XIV) pada 26 Mac lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Haji Hamim Bin Samuri berkata program seumpama ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar untuk berdikari dan bersedia menghadapi dunia luar kelak.

Menurut beliau program ini  sebagai satu landasan dalam melaksanakan salah satu matlamat UKM dan Negara untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing global.

Program ini yang dikendalikan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) pula dapat dilihat mampu mempertingkatkan bakat kepemimpinan pelajar dalam mengendalaikan sebuah organisasi, tambah beliau.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof  Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal dan  Pengetua KTHO Let Kol Prof Madya Dato Dr Samsu Adabi bin Mamat.

Dr Samsu  berkata program ini merupakan kemuncak bagi semua aktiviti Majlis Eksekutif Pelajar  Kolej Tun Hussein Onn dan ia dapat dilihat sebagai  satu langkah kearah mengeratkan hubungan di antara penghuni kolej.

Beliau berharap program ini  dijadikan salah  satu tempat yang boleh mengeratkan hubungan antara pelajar dan pentadbir kolej.

Program anjuran KTHO ini  adalah yang ke-14 dengan matlamat melatih pelajar tentang pengalaman berorganisasi , mengeratkan hubungan sesama penghuni kolej serta mengisi tabung dana bagi membantu golongan yang miskin dan ditimpah bencana.

Program bertemakan ‘Memori Sebuah Cinta’,  bertujuan mencipta usahawan muda yang mampu berdaya saing dalam arena tempatan mahupun global, mempertingkatkan bakat kepemimpinan dan pengalaman organisasi, melahirkan insan berwawasan luas serta punya kepedulian terhadap masyarakat awam.

Ketua Pengarah program Sharannya A/P Sundaramoorthy memberitahu program 3 hari ini yang bermula 26 Mac diisi dengan beberapa acara  istimewa seperti pertujukan fesyen dan tarian, permainan pecah belangan, pertandingan nasyid, festival makanan, ramah mesra bersama anak yatim serta ditutup dengan hari keluarga (KTHO).

Acara perasmian turut dimeriahkan oleh penampilan kumpulan muzik dan drama serta pertunjukan kehandalan pasukan  Palapes.