Golongan Remaja Berbakat Bersaing Dengan Para Saintis?

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 3 Ogos 2015 – Pelajar muda dari Pusat Kebangsaan untuk kanak-kanak pintar  (PermataPintar) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan remaja berbakat dari sekolah-sekolah menengah yang lain mungkin boleh menghasilkan penyelidikan yang layak diindeks dalam Google Scholar, malahan Scopus pun.

Pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam persidangan mengenai Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik mempunyai potensi untuk melakukan penyelidikan yang serius yang akan bersaing dengan ahli akademik universiti, kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UKM Prof Datuk Ir Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat.

Kertas-kertas penyelidikan yang layak harus diindeks dengan pangkalan data antarabangsa yang terkenal sebagai platform untuk saintis muda, Prof Riza Atiq berkata ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa  Saintis Masa Depan Untuk Pelajar Berbakat (IFSC) 2015 yang dianjurkan oleh PermataPintar, di sini hari ini.

Timbalan Naib Canselor melahirkan keyakinan bahawa terdapat belia yang cemerlang di negara ini yang mungkin akan menyaingi ahli akademik dalam kerja-kerja mereka.

“Bayangkan jika nama-nama pelajar PermataPintar muncul dalam Google Scholar, ujar beliau, yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada para peserta.

Beliau berkata persidangan tersebut akan merintis jalan baru kepada perkongsian pengetahuan penyelidikan antara para saintis muda yang  meneroka teknologi baru.

60 kertas kerja dijangka dikemukakan dalam bentuk abstrak dan tesis dari hampir 90 pelajar yang telah melakukan penyelidikan.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengarah PermataPintar Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak berkata pelajar di akademi itu secara lazim berbakat dan sentiasa gemar meneroka perkara-perkara baru.

Beliau berkata adalah penting untuk mengenal pasti dan memenuhi keperluan belia ini kerana mereka adalah tenaga kerja masa depan yang tidak ternilai.

Tambah beliau kegagalan untuk mengenal pasti ciri-ciri ini boleh menyebabkan Malaysia kehilangan sumber manusia sama ada kerana mereka telah tercicir dari sekolah, atau mereka berhijrah ke negara-negara lain yang menawarkan pengalaman pendidikan yang lebih baik.

Persidangan ini pertama kali diadakan pada tahun 2012 di PermataPintar dan semua sekolah adalah dijemput untuk mengambil bahagian.

Google Scholar ialah senarai yang menyediakan cara yang mudah untuk mencari penyelidikan ilmiah, manakala Scopus adalah pangkalan data abstrak dan tesis terbesar yang ditinjau oleh para akademik lain: jurnal saintifik, buku dan prosiding persidangan.

Scopus mempunyai alat pintar untuk mengesan, menganalisis dan menggambarkan penyelidikan bagi menampilkan gambaran menyeluruh hasil penyelidikan di dunia dalam bidang sains, teknologi, perubatan, sains sosial, serta seni dan kemanusiaan.ukmnewsportal-bm
2

3