Hakisan Pantai Di Batu Pahat Jejas Pendapatan Penduduk Tempatan

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 23 Julai 2015 – Kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan harus menyediakan lebih banyak dana untuk projek-projek untuk membendung hakisan tanah di sepanjang pantai Batu Pahat, Johor, yang semakin teruk.

Kawasan yang terjejas akibat hakisan kini menjangkau sepanjang 20 km dari Semerah ke Tampok.

Kawasan yang dikenal pasti sebagai genting termasuk Minyak Beku, Tanjung Laboh, Koris, Parit Balau, Sungai Lurus, Punggur, Sungai Ayam, Sungai Suloh dan Tampok, kata Pengarah Institut Perubahan Iklim (IPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dato’ Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah.

“Adaptasi kepada perubahan ini boleh maju lebih cepat melalui pembiayaan yang sesuai, teknologi dan pembangunan kapasiti, jika kita hendak mengelakkan kumpulan berisiko tinggi dan yang lemah terjejas teruk pada masa akan datang, Prof Sharifah Mastura menjelaskan.

Minyak Beku adalah salah satu daripada kawasan yang telah banyak berubah , dan ia merupakan satu-satunya pantai yang masih murni bagi Batu Pahat.

Jika tiada tindakan diambil tidak lama lagi, penduduk Kampung Sungai Ayam berhampiran Minyak Beku bimbang hakisan itu akan menjadi lebih teruk, kata Prof Sharifah Mastura ketika lawatan ke masyarakat yang menerima kesan hakisan pantai dan kemaraan laut di sekitar Batu Pahat pada 2 hingga 3 Jun lalu.

Ini kerana sesetengah rumah-rumah dan taman-taman berhampiran pantai, yang juga mempunyai kebun kecil kelapa sawit, telah teruk dilanda ombak.

Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Ahli Majlis Tertinggi Yayasan Sime Darby (YSD) Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, juga turut menyaksikan nasib masyarakat yang terdiri daripada keluarga nelayan dan pekebun kecil kelapa sawit.

Rombongan tersebut juga termasuk ahli-ahli sains dan penyelidik dari YSD, IPP, Pusat Pencerapan Bumi (EOC) UKM, Kursi Endowment  Lembaga Minyak Sawit Malaysia UKM (MPOB-UKM) di antara yang lain.

Prof Sharifah Mastura, yang merupakan Penyandang Kursi Perubahan Iklim UKM-YSD, berkata usaha untuk mengurangkan hakisan menunjukkan hasil yang kurang memuaskan, walaupun projek-projek demikian menelan belanja yang tinggi.

Dr Wan Mohd Zahid berkata beliau berasa sedih dengan kekurangan kemajuan projek benteng di pantai.

“Satu usaha yang sia-sia,” ujar beliau.

Minyak Beku, tempat di mana asalnya legenda Perigi Batu Pahat yang  mana nama bandar Batu Pahat mengambil sempena, adalah tanjung di muara sungai Batu Pahat. Apa yang tinggal sekarang ialah rumah api dan stesen radar, yang lain sudah tiada. Terdapat beberapa struktur konkrit daripada bekas tinggalan kuari yang tutup.

Lawatan ke masyarakat yang menerima kesan daripada kenaikan paras laut dan hakisan pantai tersebut adalah sebahagian daripada program komuniti bantuan yang dijalankan oleh EOC dan Kursi Perubahan Iklim UKM-YSD, IPP dengan kerjasama Kursi Lestari UKM-YSD: Teknologi Sisa Sifar dan MPOB-UKM.

EOC dan IPP menyokong bantuan melalui program komuniti untuk penduduk diancam oleh hakisan pantai dan laut menceroboh sekitar Batu Pahat.

Turut hadir pada lawatan itu ialah Timbalan Naib Canselor UKM (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar, Ketua Eksekutif YSD Hajjah Yatela Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Malaysia Dr Saim Suratman.

Didorong oleh Pusat Penyelidikan UKM mengenai Sistem Perubahan Iklim  Tropika (IKLIM), kajian ini memberi tumpuan kepada kesan perubahan iklim ke atas sumber air, ekosistem daratan dan kesihatan rakyat, eko-sistem laut serta ekosistem pertanian di Malaysia dan Asia Tenggara.

Aktiviti penyelidikan di bawah program tersebut menyediakan maklumat iklim yang terkini, termasuk ramalan cuaca bermusim, yang berguna untuk perancangan dan pengurusan operasi perladangan Sime Darby.

Kursi Perubahan Iklim UKM-YSD telah ditubuhkan pada 15 Mac 2010 dengan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara UKM dan YSD.

Kedua-dua pihak mahu melibatkan diri dalam isu-isu yang berkaitan dengan perubahan iklim. Dana sebanyak RM 5,000,000 telah diperuntukkan oleh YSD untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah Kerusi Perubahan Iklim UKM-YSD.ukmnewsportal-bm
02

03