Hargailah Khidmat Kesihatan Awam – Pro Canselor UKM

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 2 September 2015 – Kesihatan awam telah ditubuhkan untuk melindungi kesejahteraan penduduk secara menyeluruh dan bukan hanya untuk seorang individu semata-mata.

Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Almarhum Tunku Ja’afar berkata kesihatan awam diadakan sebagai langkah untuk meningkatkan kesihatan, mencegah penyakit dan memanjangkan jangka hayat penduduk.

“Ia memainkan peranan yang amat penting dalam kesihatan awam terutamanya dalam perubatan pencegahan. Kamu (doktor perubatan, Veterinar dan jururawat) adalah kakitangan barisan hadapan yang utama dalam kesihatan awam,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Persidangan Kesihatan Awam Antarabangsa ke-5, di sini pada 26 Ogos lalu.

Persidangan itu diadakan selama dua hari bermula 26 Ogos 2015, menggunakan tema Meningkatkan Pendekatan Transdisiplinari dalam Memajukan Agenda Kesihatan Awam.

Ia dihadiri kira-kira 300 peserta dari Malaysia dan antarabangsa termasuklah Rusia, Australia, Indonesia dan Hong Kong.

Tunku Naquiyuddin berkata bagi memastikan kecekapan amalan kesihatan awam, rangka kerja negara untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan adalah berdasarkan pendekatan pasukan penjagaan daripada pelbagai disiplin seperti sumber manusia yang terlatih dan alat-alat sokongan berasaskan bukti serta sistem maklumat kesihatan yang berkesan.

Trend penyakit baru telah muncul sebagai tindak balas kepada anjakan dalam beberapa bidang utama. Rakyat Malaysia hidup lebih lama dengan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan ini disebabkan oleh peralihan populasi penduduk Malaysia yang tidak lama lagi akan menjadi masyarakat yang semakin tua,” katanya.

Tambahnya, kurang bersenam, tabiat pemakanan yang tidak sihat, ketidakpatuhan kepada rawatan dan penggunaan ubat adalah menjadi batu penghalang dalam mencapai kesihatan yang optimum sekaligus menyebabkan terjadinya penyakit tidak berjangkit.

“Kita perlu memberi tumpuan kepada langkah-langkah keseluruhan penduduk yang menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Penggunaan produk tembakau dan alkohol yang berbahaya akan mendorong keganasan dan tingkah laku berisiko yang lain.

“Secara fizikalnya, pemakanan yang tidak sihat dan pendedahan kepada asap rokok akan menjadikan keadaan lebih teruk dan menyumbang kepada kesihatan yang tidak baik,” katanya.

Katanya beliau percaya bahawa pendekatan trans-disiplinari boleh menyediakan rangka kerja yang sistematik, menyeluruh bagi menangani faktor-faktor sosial, ekonomi, politik dan institusi yang mempengaruhi kesihatan manusia dan kesejahteraan hidup dan seterusnya memberikan kesihatan yang lebih baik kepada penduduk.

“Tema trans-disiplinari membawa maksud jabatan-jabatan lain seperti Kementerian Kesihatan, klinik kesihatan, makmal kesihatan dan penguatkuasaan sempadan. Pasukan perlu memilih salah seorang ahli yang lain sebagai ketua manakala ahli yang lain boleh memberikan perkhidmatan perundingan secara langsung atau tidak langsung,” jelasnya.

Beliau berkata pendekatan trans-disiplinari dapat mengurangkan kekeliruan orang ramai dan meningkatkan hubungan antara agensi-agensi kerajaan dan pembekal perkhidmatan melalui peningkatan kerjasama dan komunikasi antara ahli pasukan.

“Pendekatan transdisiplinari juga adalah bagi memastikan semua agensi yang berurusan dengan perkara itu bekerja untuk mendapatkan hasil dan strategi yang sama,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu adalah Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Depan Fakulti Perubatan merangkap Pengaran Pusat Perubatan UKM, Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Prof Dato’ Dr Raymond Azman Ali.ukmnewsportal-bm

2

3

4

5