Hospital UKM Pertama di Asia Tenggara Bantu Pasangan Dapat Zuriat Gunakan Sperma Tidak Matang

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto  Shahiddan Saidi

BANGI, 1 Jun  2016 – Suami yang mandul akibat sel-sel sperma yang tidak matang masih berpeluang mendapat zurtiat yang sihat dengan isteri, berikutan  teknik Spermatid yang digunakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di Cheras, Kuala Lumpur.

HCTM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi hospital pertama di Asia Tenggara berjaya membantu lelaki tersebut menjadi bapa selepas ovum isterinya  dimasukkan dengan sel-sel sperma yang tidak matang,  yang dinamakan Suntikan Spermatid.

Spermatid adalah sperma pra-matang yang berbentuk bulat tanpa ekor yang boleh didapati dalam buah zakar lelaki yang biasanya akan dianggap mandul.

Sel sperma yang matang dan subur mempunyai kepala bujur dengan ekor panjang yang tebal.

Perunding Kanan, Obstetrik dan Ginekologi dan Kesuburan Prof Datuk Dr Zainul Rashid Mohamad Razi berkata, masih ada harapan bagi lelaki itu selagi  mempunyai sperma.

“Sperma boleh dikeluarkan melalui potongan kecil di testis, tetapi hanya segelintir lelaki mempunyai Azoospermia atau sperma pra-matang dalam tisu buah zakar mereka,” katanya pada sidang akhbar di HCTM, baru-baru ini.

Proses menghasilkan sperma mempunyai lima peringkat, dari spermatogonia primitif sehingga sperma matang terbentuk dengan ekor panjang.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah lelaki, sperma pada peringkat ketiga berhenti menjadi matang disebabkan tiada beberapa enzim tertentu, maka  terbentuknya Spermatid, sekali gus menyebabkan kemandulan.

“Jika ini berlaku, pesakit hanya boleh menghasilkan sperma pra-matang sepanjang hayat mereka,” jelasnya.

Satu-satunya pilihan untuk membantu pesakit ini adalah untuk menyuntik sperma yang tidak matang terus ke dalam ovum matang, atau telur.

Prof Zainal Rashid menyuntik hormon selama tiga bulan bagi menyuburkan ovum sebelum ia disenyawakan. Daripada 12 telur yang telah berjaya dikeluarkan, hanya lima boleh disenyawakan dan embrio dipindahkan ke dalam rahim isteri.

Kes yang beliau sebutkan adalah pasangan S Prakashrao, 39 dan isterinya A Jaya Praba, 35, yang menjalani rawatan kesuburan dengan hormon sebelum berjaya hamil.

Prakashrao berkata selepas enam tahun berkahwin, mereka telah hampir berputus asa untuk mempunyai zuriat.

“Ia adalah satu keajaiban. Sekarang kita mempunyai seorang anak perempuan, Sheershika, yang dilahirkan pada 14 Januari, melalui pembedahan caesarian,”  katanya.

Jaya Praba pula memberitahu selepas berunding dengan beberapa pakar, UKM adalah harapan terakhir mereka.

“Saya bersyukur kerana anak perempuan kita adalah sempurna keseluruhannya,   seberat 3,08 Kg dan didapati sihat oleh pakar kanak-kanak dan pakar jantung,” beliau berkata.

Pasangan itu bercadang untuk mendapatkan anak kedua tahun depan.ukmnewsportal-bm
2