Jumlah Pemimpin Wanita dalam Sektor Korporat Masih Kurang

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 13 Julai 2020 – Jumlah pemimpin wanita dalam sektor korporat masih kurang berbanding sektor awam, kata mantan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Beliau berkata, dalam sektor awam, jumlah wanita yang memegang jawatan tinggi adalah tidak terlalu kecil.

There are more women yang menjawat jawatan dalam kerajaan seperti Ketua Setiausaha (KSU) dan sebagainya, itu sudah meningkat. Polisi kita yang 30 peratus tu dalam perkhidmatan awam is not that bad, but on private sector and in the political environment masih tidak mencapai sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Webinar Bicara Jubli Emas UKM Siri 3: Srikandi UKM Memacu Kecemerlangan.

Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah yang juga Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) berkata, mengikut laporan gander World Economic Forum (WEF) 2020, Malaysia tidak menunjukkan prestasi yang baik.

In economic participation and opportunity political representation or empowerment, our ranking (Malaysia) is 103 out of 153 countries.

“Dalam ASEAN, dulu kita berada dalam posisi yang sangat tinggi, tetapi sekarang kita mengalami penurunan. Kita berada di kedudukan kedua terendah selepas Myanmar. Jadi, anda boleh bayangkan Kemboja dan Vietnam telah berjaya mengatasi kita. Ini adalah sesuatu yang tidak bagus,” katanya.

Beliau berkata, walaupun universiti di Malaysia mempunyai ramai penuntut wanita, tetapi apabila habis belajar, mereka tidak mudah mendapat pekerjaan.

“Kita kena lihat dari segi kesetaraan jantina, terdapat beberapa ketidaksamaan yang berlaku apabila mereka nak masuk dalam pasaran pekerjaan.

“Dari segi pendidikan, kita mempersiapkan lebih banyak wanita di beberapa sektor, tetapi saya rasa seperti dalam sektor STEM, kita masih ketinggalan, terutama sektor baru seperti robotic, artificial intelligent, data analytic dan sebagainya.

“Apabila mereka (graduan wanita) keluar, maka kita dapat melihat apa yang berlaku. There something happening in the job in the labour market yang tidak menggalakkan wanita untuk maju,” jelasnya.

Sementara itu, Penasihat Khas Perdana Menteri Mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah memberitahu, bahawa tahap tekanan perasaan yang berlaku dalam kalangan wanita semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa 1 adalah tinggi.

“Masa MCO (PKP) fasa pertama yang memerlukan semua rakyat Malaysia duduk di rumah telah menjadikan satu lagi stress untuk wanita kerana mereka perlu menguruskan keluarga, jaga anak, masak, dan bekerja dari rumah.

“Kita lihat juga ini adalah kerana the gender norm and stereotype. Kita lihat ramai lelaki (suami) yang tidak membantu isteri di rumah sepanjang PKP. Ini menyebabkan berlakunya stress dalam keluarga dan menyebabkan pergaduhan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah UKM berkata pemimpin wanita terpaksa memperjuangkan hak wanita dan kemanusiaan.

“Orang lelaki mesti kena selalu ingat bahawa ibu, isteri, anak dan wanita adalah sistem sokongan  lelaki. Jadi kita perlu menghargai wanita selayaknya, tetapi malangnya wanita sentiasa berada di bawah di sesetengah negara,” katanya.

Dua lagi ahli panel pada forum itu ialah Tokoh Sasterawan Negara dan mantan Pengarah Pusat Kebudayaan UKM, Prof Dr Siti Zainon Ismail dan Pengarah Pusat Citra UKM, Prof Datuk Dr Harlina Halizah Siraj dan dipengerusikan oleh Pengarah Pusat kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Prof Datin Dr Norizan Abdul Razak.