Kakitangan Antarabangsa Digesa Kekal Relevan

02
Oleh Asmahanim Amir
Foto Abd Raai Osman

BANGI, 16 Feb 2016 – Kakitangan akademik antarabangsa yang berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu kekal relevan, dirujuk dan dihormati bagi membantu UKM menjadi sebuah universiti unggul.

“Kita semua perlu relevan dalam bidang pengkhususan masing-masing yang meliputi kejuruteraan, perubatan, ekonomi dan perniagaan, sains sosial dan undang-undang,” kata Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali ketika menyampaikan ucapan pada majlis Minum Petang untuk Kakitangan Antarabangsa UKM di sini, Januari lepas.

Beliau berkata mereka juga perlu bersedia untuk menjadi tempat rujukan pihak berkepentingan yang sedang mencari penyelesaian untuk pelbagai isu dan masalah kerana pakar-pakar UKM sentiasa dilihat sebagai relevan.

Tambahnya, pendapat yang diberikan oleh penyelidik UKM adalah bernas dan meyakinkan, dan ini membuatkan mereka dihormati.

Naib Canselor juga berharap kakitangan akademik antarabangsa akan terus memberikan sumbangan untuk membina reputasi ilmiah UKM.

Beliau turut menggesa mereka untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar UKM untuk mencapai kecemerlangan.ukmnewsportal-bm
04

05

01