Karnival ‘Jom Masuk FSK’ dapat Sambutan Hangat

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2015 – Pelajar-pelajar lepasan sekolah menegah digesa supaya merebut peluang untuk melanjutkan pendidikan mereka di Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Ini kerana FSK UKM ialah fakulti yang pelopori bidang tersebut dan kini merupakan yang paling unggul di negara ini, kata Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Dato’ Seri Dr Ibrahim Saad ketika melancarkan Karnival ‘Jom Masuk FSK’ hari ini di sini.

Kata beliau, pelajar-pelajar yang meminati bidang teknologi analisis perubatan seharusnya membuat pilihan tepat dengan memilih UKM sebagai tempat melanjutkan pendidikan mereka sama ada  pada peringkat ijazah pertama atau ijazah lanjutan.

“Di fakulti ini anda semua akan dipersiapkan untuk menjadi ahli profesional dalam bidang sains kesihatan dengan bimbingan dari para pensyarah yang mempunyai yang mempunyai kelayakan dan kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing.

“Sejak penubuhannya pada tahun 1992, FSK terus bergerak maju dn mendapat pelbagai kejayaan dan pengiktirafan sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Kejayaan FSK sebagai peneraju dalam bidang sains kesihatan di negara kita menjadi rujukan kepada universiti-universiti lain di Malaysia yang ingin menubuhkan fakulti sains kesihatan mereka sendiri,” Dr Ibrahim menerangkan.

Turut hadir pada pajlis ini Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, masing-masing Timbalan Naib Canselor Prof Dato’ Ir Dr Riza Atiq Abdullah (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Imran Ho Abdullah (Jaringan Industri dan Masyarakat)  dan Dekan FSK Prof Dr Siti Zamratul Mai Sarah Mukari.

Sebelum itu, Prof Siti Zamratul, dalam kata-kata aluannya, memberitahu kira-kira 250 pelajar sekolah menegah yang hadir bahawa bidang profesional sains kesihatan seperti Audiologi, Bio-Perubatan, Optometri, Dietetik, dan  sains forensik sangat diperlukan di makmal-makmal kesihatan dan hospital untuk mengenal pasti punca penyakit dan analisis perubatan.

“Kira-kira 85% hingga 90% graduan yang mendapat kerja selepas tamat pengajian di terajui oleh graduan-graduan FSK UKM.

“Kebanyakan pakar-pakar audiologi atau pendengaran dan optometri, iaitu pakar penglihatan, adalah graduan lepasan UKM,”  kata Prof Siti Zamratul.

Menurut beliau UKM sebagai pelopor dalam bidang ini, berjaya melakukan anjakkan dari hanya perkhidmatan doktor kepada profesion sains kesihatan yang amat diperlukan.

Pelajar-pelajar sekolah yang mengunjungi karnival ini datang dari sekolah-sekolah, pusat asasi sains dan pusat matrikulasi dari seluruh semenanjung.

Pada acara tersebut pameran disediakan dengan gerai-gerai yang didirikan oleh kakitangan dan para siswazah bidang pengkhususan di FSK.ukmnewsportal-bm
2

3

4