Karnival Konvokesyen UKM Padat dengan Aktiviti

5
Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 5 November 2016 – Pelbagai aktiviti telah dirancangan bagi memeriahkan Karnival Konvokesyen ke-44 UKM yang berlangsung di Dataran Panggung Seni bermula semalam hingga 8 Nov ini.

Menurut Pengarah Eksekutif, Mohd Shukri Johari, karnival kali ini dipenuhi dengan aktiviti menarik yang mempunyai unsur inovasi, intelektual dan integrasi.

“Dengan tema ‘Mahasiswa Pemangkin Inovasi Negara’, saya berharap karnival ini bukan sahaja akan diraikan oleh para graduan, malah turut diraikan oleh seluruh warga UKM termasuk komuniti di sekitar Bangi,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis perasmian tersebut.

Antara aktiviti yang telah disusun sepanjang karnival itu adalah UKM Fit, pameran, pertandingan UKM Robotic Challenges 2016, UKM Berselawat, Convocation Run Challenge, pertandingan Futsal Lelaki dan Bola Jaring Wanita.

Terdapat pelbagai gerai jualan termasuk gerai makanan, pakaian, aksesori dan bunga.ukmnewsportal-bm

2

3