Kekalkan Semangat Patriotisme

1
Laporan dan Foto: Abd Raai Osman

KUALA LUMPUR, 25 September 2016 – Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Muhd Syakir Roslan telah dinobatkan sebagai pegawai muda PALAPES terbaik bagi UKM, di istiadat pentauliahan pegawai muda PALAPES yang telah diadakan di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Beliau menerima pentauliahan tersebut daripada Sultan Perak DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Pasukan PALAPES UKM juga berjaya menggondol tempat kedua dalam perbarisan tamat latihan.

Seramai 1679 orang pegawai muda PALAPES menerima tauliah hari ini dengan 127 orang dari UKM dan USIM.

Dalam titahnya DYMM Sultan Nazrin, selaku Canselor UM menyeru agar pegawai PALAPES mengekalkan semangat patriotisme selepas ditauliahkan.

Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh Pegawai Kadet PALAPES yang telah berjaya melalui pelbagai latihan dengan penuh kesabaran, tekun serta tabah bagi menjadi seorang pegawai muda yang berdisplin tinggi.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Naib Canselor UKM yang  juga Komandan PALAPES UKM Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali.ukmnewsportal-bm
2

3