Kem Sains Di UKM Cungkil Bakat Baru

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 3 Ogos 2015 – Seramai 30 pelajar dari Malaysia, Jepun dan India yang berusia 16 dan 17 tahun telah mengambil bahagian dalam sebuah programme sains sekolah menengah antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berakhir di sini pada 30 Julai lalu.

Dengan UKM sebagai tuan rumah, Kem Saintis Akan datang 2015 ( 5th Next Scientist Camp) dianjurkan oleh Sekolah Menengah Alam Shah (SAS) Putrajaya dan bermula pada 29 Julai dengan pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam pelbagai projek, termasuk ujikaji makmal dan melawat masyarakat luar bandar.

Bercakap pada majlis penutup, pengetua SAS Haidzir Hussein berkata objektif kem ini, yang merupakan acara tahunan bermula pada tahun 2011, adalah untuk memupuk minda muda menjadi lebih inovatif dan berkongsi pengetahuan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM ).

Haidzir berkata selama dua hari di dalam kampus dan tempat lain guru-guru yang turut mengambil bahagian juga mencuba kaedah baru dalam pengajaran sains dan teknologi apabila mereka membimbing para pelajar.

Dekan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Prof Dr Sahrim Hj Ahmad, yang merasmikan majlis penutup, mencadangkan supaya kem sains ini diperluaskan pada masa depang dengan menggunakan lebih banyak makmal saintifik.

Ketua Program di Pusat Sains Kimia dan Teknologi Makanan FST Dr Rizafizah binti Othaman yang juga mengetuai Jawatankuasa Program Kem Sains berkata beliau gembira yang para remaja tersebut menunjukkan minat dalam program tersebut.

“Kami mahu mereka terangsang dengan sains kerana terdapat penurunan  dalam bilangan pelajar sains baru-baru ini dengan lebih ramai pelajar memilih bidang kursus dan mata pelajaran sains sosial,” kata Dr Rizafizah.

Seorang guru dari SAS Samsiah Radiman berkata pelajar belajar mengenai kraf tradisional dan musim perayaan pada masa ini.

“Mereka diajar lukisan Batik, tinggal bersama keluarga tempatan di Kampung Endah, dan menyambut Hari Raya dengan penduduk tempatan, selain daripada menjalankan projek-projek sains.

“Ada juga kajian tentang flora dan fauna di Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM), belajar tentang Robotik dan kemuncak program ini menghasilkan minuman berkhasiat menggunakan kelopak bunga Roselle,” Samsiah menjelaskan kepada Portal Berita UKM.

Beliau menambah bahawa kem itu juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di mana Menara Berkembar Petronas terletak.

Salah seorang pelajar yang mengambil bahagian, Khayati Kakaria dari India, berkata beliau sudah lama inginkan mengambil bahagian dalam program di luar negaranya.

“Saya kian lama mahu melawat Malaysia dan belajar sesuatu yang baru. Tetapi saya tidak menjangkakan bahawa ia akan menjadi pendidikan dengan cara ini,” ujar beliau.

Kyati berusia 16 tahun dan merupakan pelajar tingkatan empat di St Marks Senior Secondary Public School di Delhi – satu-satunya sekolah dari India yang menghantar tujuh orang murid dan seorang guru ke kem.

Terdapat tiga orang guru dan tujuh pelajar dari tiga buah sekolah menengah Jepun; National Institute of Technology di Chiba, St Michael’s Senior High School di Kobe and Kokusai Gakuin Junior and Senior High School di Saitama.

SAS menghantar 11 pelajar dan seorang guru.ukmnewsportal-bm
2

3

4