Kerjasama Cekap Awam-Swasta Jepun Tangani Bencana Fukushima

01
Oleh Vinoothna Chandrasekaran
Foto  Abd Ra’ai Osman

BANGI, 2 Mac 2016 – Pengurusan bencana yang dilaksanakan  selepas kejadian bencana nuklear di Fukushima pada 3 Mac tahun 2011 berjaya elakkan kerugian berpanjangan akibat kehilangan kuasa elektrik di Jepun, kata Yoshiaki Himeno, seorang profesor di Tokyo Institute of Technology.

Prof Himeno berkata pihak berkuasa dan syarikat kuasa telah bertindak pantas menangani kehilangan bekalan elektrik secara tiba-tiba dengan menggunakan sistem sokongan yang mantap daripada industri supaya pemulihan berlaku lebih cepat, manakala jalan-jalan taya yang rosak telah dibaiki dalam tempoh 12 hari.

“Seluruh negara mengalami kehilangan kuasa di mana kawasan perumahan gelap serta meninggalkan kesan kepada sektor industri. Jumlah kehilangan kuasa malam itu 25GW,” katanya dalam ucaptama pada kursus kejuruteraan nuklear di universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ditaja oleh Tokyo Tech dan Hitachi-GE, baru-baru ini.

Beliau berkata tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku di loji nuklear tersebut  dan walaupun tidak semuanya berjalan lancar off,  pasukan tindak balas bencana telah mula mengembalikan kuasa secara berperingkat dalam masa beberapa hari sahaja.

Walau bagaimanapun, talian telefon kembali dalam operasi selepas tiga minggu.

Beliau menyatakan bahawa menjelang musim panas, sebahagian besar kuasa  dipulihkan dengan menggunakan beberapa stesen penjanaan sementara elektrik konvensional baru yang ditubuhkan oleh syarikat-syarikat kuasa.ukmnewsportal-bm
0203