Kerjasama UKM Dan University of Passau, Jerman Dalam Bidang Pertukaran Pelajar

Oleh Nasrullah Uul (Pelajar Pelatih UKM)
Foto Abd Ra’ai Osman

UKM And University of Passau, Germany Step Up Collaboration In Student Exchange.jpg1BANGI, 13 Mac 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan University of Passau, Jerman akan terus bekerjasama dalam bidang pertukaran pelajar, penyelidikan bersama serta program mobiliti pelajar.

Kedua-dua institusi tersebut menandatangani suatu memorandum persefahaman (MoU) di sini hari ini bagi menjalankan projek penyelidikan bersama serta mengadakan program pertukaran ahli akademik .

Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali menandatanganinya bagi pihak UKM manakala Pakar Sosiologi Prof Rüdiger Korff mewakili University of Passau.

Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM (FSSK) UKM Prof Dr Hazita Azman dan Pengarah Nic Penyelidikan Politik dan Keselamatan dan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Prof Dr Rashila Ramli menandatanganinya sebagai saksi.

Kedua pihak bersetuju melaksanakan program mobiliti pelajar, pertukaran ahli akademik dan penyelidikan bersama bagi melebarkan ruang kerjasama di segala bidang terkhusus di bidang akademik.

Prof Noor Azlan menyebutkan mengenai Malaysian Windows dengan harapan wujudnya sebuah jendela pengetahuan yang seluas-luasnya bagi rakyat Malaysia  supaya memudahkan pula pertukaran sosial budaya.

Beliau menambahkan dengan wujudnya Malaysian Windows maka pada masa yang akan datang hubungan industri akan wujud pula dan Malaysia akan masuk ke dalam pusaran ekonomi global yang akan menjana pendapatan bagi rakyat.

Prof Korff pula berkata pada semester hadapan University of Passau akan memberikan peluang bagi pelajar pasca siswazah Phd UKM menjadi pensyarah dan penyelia tesis di universiti Jerman tersebut.

Menurut beliau MoU itu adalah wajar dengan harapan kerjasama yang berfaedah dapat juga diusahakan antara mereka.

Sebelum MoU ditetapkan telah pun ada hubungan antara UKM dan University of Passau pada November tahun 2014 yang mana beberapa pensyarah daripada FSSK, UKM  ikut serta dalam Workshop di University of Passau.

Pada tahun 2013 Timbalan Pengarah Pejabat Perhubungan Alumni UKM Pusat Media dan Komunikasi Prof Madya Dr Chang Peng Kee merangkap Pensyarah FSSK UKM dan Prof Rüdiger Korff telah pun melakukan penyelidikan bersama yang bertajuk Media di Asia Tenggara dan cabaran komunikasi bentuk baru.

Jauh sebelum MoU ditetapkan pada hari ini, pada tahun 1980 Prof Ulung Dato’ Dr Shamsul Amri Baharuddin Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) telah pun menjalin hubungan dengan University of Passau.

Dengan meterainya Mou ini kedua-dua universiti terbabit mengharapkan dapat memberi peluang kepada semua ahli akademik  untuk mengembangkan ilmu pengetahuan bagi setiap disiplin yang mereka mengkaji.
ukmnewsportal-bm