Koleksi Buku Peguam Tersohor Raja Aziz Addruse didermakan kepada UKM

1
Oleh Vinoothene Chandrasekaran

Foto Ikhwan Hashim dan Izwan Azman

BANGI, 14 Mei 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) lagi sekali  menerima koleksi buku tokoh undang-undang yang tersohor – kali ini koleksi Allahyarham Pesuruhjaya Suruhanjaya Juri Antarabangsa, Raja Aziz Addruse (1936-2011).

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Canselor UKM, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, bersama dengan Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan keluarga Allahyarham Raja Aziz Addruse, hadir pada majlis penyerahan di Fakulti Undang-undang UKM,  di sini hari ini.

Cadangan menyimpan koleksi tersebut di Fakulti Perpustakaan Undang-undang UKM diilhamkan oleh Lembaga Pengarah UKM dan diluluskan oleh Tuanku Muhriz.

Pengubahsuaian paras kedua Perpustakaan Undang-undang untuk menempatkan koleksi mantan Presiden Majlis Peguam tersebut telah disiapkan pada 28 April 2016.

Prof Noor Azlan berkata rundingan mengenai pengurusan dan simpanan koleksi telah dilakukan oleh Dekan Fakulti Undang-undang Prof Dr Rohimi Shafiee, dengan balu Raja Aziz, Catherine Addruse.

Anak perempuan Raja Aziz Addruse, Raja Azrin teringat bahawa ayahnya gemar  semua jenis buku, terutama mengenai undang-undang, yang koleksi besar tersebut kini ditempatkan di UKM.

Beliau berkata, bapanya amat cermat menggunakan buku beliau sehingga jilid-jilid itu  kini berada dalam keadaan yang baik.

“Apabila beliau meninggal dunia, keluarga saya memutuskan bahawa kita ingin melihat koleksi ini diagihkan ,” kata beliau dalam ucapannya yang mewakili keluarga.

Beliau menyatakan bahawa ia adalah satu keputusan yang sangat mudah untuk menderma kepada perpustakaan undang-undang di mana ia akan menjadi sumber untuk generasi akan datang.

Raja Azrin menggesa pelajar undang-undang supaya menghargai dan menghormati buku dan undang-undang seperti mana bapanya lakukan.

Perpustakaan ini kini menyimpan lebih daripada 101,000 naskhah buku, terbitan bersiri, eBuku, makalah, media dan juga menempatkan koleksi terkenal yang lain seperti Asean Law Collection, Hooker Collection dan Tengku Ahmad Rithauddeen Collection, yang didermakan oleh rakan kongsi guaman Raja Aziz Addruse dalam firma undang-undang mereka Rithauddeen & Aziz.ukmnewsportal-bm

2

3

4