Kongsi Pengangkutan, Pelihara Alam Sekitar

kongkang
Ismail (kiri) dan Haziq (kanan), pengasas bersama Jom Tumpang

Laporan dan foto oleh Nadya Rizal

BANGI, 18 Dis 2015 – Pelajar dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang ingin menjimatkan belanja kini mendapat manfaat daripada perkhidmatan berkongsi kereta yang hanya ditawarkan kepada mereka, memandangkan tambang pengangkutan awam di Lembah Klang semakin meningkat.

Jaringan kongsi kereta yang dinamakan Jom Tumpang yang didaftarkan di bawah Pusat Pembangunan Keusahawanan Enterpris Kecil dan Sederhana UKM (CESMED UKM) menghubungkan pemilik kenderaan yang  memandu bersendirian untuk menyediakan pengangkutan kepada penumpang yang tidak mempunyai kereta sendiri.

Jom Tumpang diasaskan oleh Mohamed Haziq Ezwan Baharudin, 22, pelajar pasca siswazah dan Ismail Shaik Sindamar, 25, seorang pelajar sarjana muda dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Jom Tumpang adalah lebih berjimat daripada naik teksi, lebih cepat daripada bas dan lebih selesa daripada kereta api. Mereka akan tiba ke pintu depan jika mahu, kata Ismail.

Beliau menjelaskan bahawa Jom Tumpang  bekhidmati 24 jam di atas permintaan.

“Tambang bermula serendah RM6 setiap perjalanan, hingga  ke RM65, anda boleh tumpang dengan kami ke Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan sekitar Selangor. Kami sedang mencuba untuk memperluaskan perkhidmatan kami ke negeri lain,” katanya.

“Anda bukan sahaja berkongsi kereta untuk membantu menjimatkan kos kerana tambang adalah berdasarkan bukan seorang tetapi bagi setiap kereta. Semasa anda menjimat wang, anda juga memperlihara ​​bumi, ”  ujar beliau.

Tambah beliau Jom Tumpang didaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Semua pemandu yang berkhidmat dipastkan  berkelayakkan kerana mereka akan melalui temuduga sebelum diterima menjadi salah seorang pemandu Jom Tumpang ini.

Berjalan lebih dan kurang belanja dengan Jom Tumpang. Untuk tempahan dan kekosongan, hubungi mereka melalui Twitter di @Jom_tumpang dan halaman Facebook Jom Tumpang atau terus hubungi pengasas, Haziq pada nombor telefon 019-7411107 atau Ismail 012-5959069.ukmnewsportal-bm