Kurangkan Jurang Ekonomi Asean Untuk Capai Kemajuan Serantau

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR- Pembangunan, dalam kalangan komuniti Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), hanya boleh dicapai jika jurang ekonomi antara negara-negara anggota dapat dikurangkan, kata ahli-ahli panel yang mengambil bahagian dalam Sidang Meja Bulat Forum Pasca ASEAN pertama tahun 2016, Januari lepas.

Mereka bersetuju bahawa masyarakat ASEAN perlu bekerjasama untuk kesejahteraan rantau ini.

Ahli panel forum tersebut terdiri daripada Timbalan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Steven Wong, Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Pengarah IDFR Datuk Salman Ahmad.

Dalam ucaptamanya, Dr Wong menegaskan bahawa negara anggota ASEAN perlu meningkatkan kerjasama dan toleransi dalam bidang ekonomi.

Forum ini adalah sebahagian daripada Siri Diplomasi Ekonomi (EDS) yang dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) Kementerian Luar Negeri.

Objektif utama EDS adalah untuk menyediakan wacana mengenai isu-isu pelaburan ekonomi, perdagangan bagi orang ramai terutamanya diplomat Malaysia di luar negara dan diplomat asing yang berpengkalan di Kuala Lumpur.ukmnewsportal-bm
02

03

04

05