Larian Amal Oleh Pelajar Dan Kakitangan Fakulti Perubatan

1
Laporan dan foto oleh Saiful Bahri Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 2 April 2016 – Suasana berpesta berkumandang apabila 300 pelajar, kakitangan dan ahli keluarga di Fakulti Perubatan, dan alumni perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil bahagian dalam larian amal, di sini hari ini.

Antara peserta larian Alum Run 2016 ialah Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah  Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof. Dr Zaleha Abdullah Mahdy.

Ia dianjurkan oleh fakulti perubatan dan alumni doktor perubatan UKM untuk mengutip derma bagi beberapa badan amal di samping meraikan ulang tahun ke-25 alumni tersebut.

Para peserta dilepaskan oleh Pengarah Institute Perubatan Biologi Molekul  UKM  (UMBI) Prof Datuk Dr A Rahman Jamal mengikut kategori, bermula pada pukul 7.30 pagi.

Acara ini telah dibahagikan kepada 5 kategori, berdasarkan jantina, serta jarak  lima dan sepuluh kilometer, manakala ada juga larian berpaakaian beragam.

Semua pelari dilepaskan berperingkat dari tempat letak kereta bangunan Pra-klinikal dalam perkarangan fakulti perubatan.

Laluan acara ini dalam sekitar Bandar Tun Razak, Cheras yang mana pada  sepanjang jalan terdapat pusat pemeriksaan bagi membantu peserta yang mungkin menghadapi masalah.

Sebelum perlumbaan bermula, peserta melakukan senaman aerobik dan selepas larian tamat mereka melawat gerai-gerai makanan dan gerai ujian kesihatan.ukmnewsportal-bm
2

3

4