Lima Lagi Universiti Menerima Status Autonomi

Five More Universities Given AutonomyOleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Kamarull Syamzari (USIM)

BANGI, 16 Januari 2015 – Lima buah lagi universiti awam dianugerahkan status autonomi oleh Kementerian Pendidikan hari ini, menjadikan kesemuanya 12 buah institusi pengajian tinggi berstatus autonomi.

Mereka adalah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Surat watikah autonomi itu telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan kepada wakil universiti itu masing-masing sempena acara Perutusan Tahun Baru kementerian itu di Putrajaya.

Tujuh universiti yang sudah pun mendapat status autonomi itu sejak dasar itu dimulakan pada 2012 ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
ukmnewsportal-bm