Malaysia Terajui Rantau Ini Guna Alat Digital Mudah Alih

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin

Foto  Ikhwan Hashim

BANGI, 3 Mei 2016 – Malaysia mendahului negara-negara membangun, manakala di tangga keempat di dunia bagi bilangan pengguna celik digital, kata pengamal pendidikan terbuka dan pembelajaran dalam talian yang memenangi  banyak anugerah Prof Dato’  Dr Mohamed Amin Embi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata mereka yang lahir pada era pengkomputeran mudah alih, yang beliau gelar ‘Generasi Z’, mahir berkongsi maklumat melalui media sosial dan minat belajar perkara baru dalam talian.

“Jika kita mengajar pelajar hari ini cara kita mengajar dahulu, kita menafikan hak mereka untuk masa depan, jadi pendidik mesti ada minda pelajar dan melihat diri mereka sebagai pencipta pengalaman pembelajaran,” katanya pada forum ahli akademik dan penyelidik UKM yang tersohor di sini hari ini, yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar.

Beliau menjelaskan dalam syarahannya bertajuk Kesan Media Sosial Terhadap  Penyelidikan bahawa kajian di Amerika menunjukkan bahawa pelajar kurang cenderung untuk mengekalkan apa yang mereka belajar jika disampaikan melalui kaedah pengajaran tidak giat.

Beliau percaya bahawa kaedah pengajaran penyertaan mempunyai kadar pengekalan yang lebih tinggi dengan perbincangan kumpulan pada 50%, amali  pada 75% dan mengajar orang kain 90%, berbanding dengan kuliah, iaitu 5% dan membaca 10%.

Prof Amin berkata, jika kanak-kanak tidak boleh belajar cara kita mengajar, mungkin mereka perlu diajar cara mereka belajar, iaitu dalam talian.

Prof Amin baru-baru ini menerima dua anugerah daripada Konsortium Pendidikan Terbuka (OEC) pada Majlis Anugerah Pendidikan Terbuka Cemerlangan di Cracow, Poland bulan lalu.

Yang pertama ialah ‘Anugerah Pendidik Individu ‘ yang diterimanya atas sumbangan beliau dalam Pendidikan Terbuka sejak 15 tahun lalu, manakala yang kedua  sebagai perintis Kursus Besar-Besara  Dalam Talian (MOOC) di rantau ini.ukmnewsportal-bm

2

3