Naib Canselor UKM Terima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang


Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

NEGERI SEMBILAN, 21 Januari 2017 – Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali memerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan (SSNS) Yang Amat Cemerlang yang membawa gelaran Dato’ Seri.

Selain itu, enam lagi ahli akademik UKM turut menerima darjah kebesaran Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-69, DYMM Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, baru-baru ini.

Mereka ialah Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Prof Dato’ Dr Rashila Ramli, Prof Dato’ Dr Ibrahim Jantan (Fakulti Farmasi) dan Prof Madya Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid (Ketua Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju) yang menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato’.

Dato’ Dr Wan Rahiza Wan Mat dari Fakulti Perubatan pula menerima Darjah Setia Tuanku Muhriz yang Amat Gemilang (DSTM) yang turut mebawa gelaran Dato’.

Selain itu, Prof Madya Dato’ Dr Razman Jarmin, Ketua Jabatan Surgeri Fakulti Perubatan, PPUKM telah menerima darjah Dato’ Setia DiRaja Kedah sempena Keputeraan DYMM Sultan Kedah ke-89 yang membawa gelaran Dato’.

Manakala Prof Madya Dato’ Dr Jegan Thanabalan yang turut dari Fakulti Perubatan menerima Darjah Indera Mahkota Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-85 yang membawa gelaran Dato’.