Pakar Optometris UKM Terima Anugerah IACLE 2020

Pakar Optometris UKM Terima Anugerah IACLE 2020
Oleh Asmahanim Amir

BANGI, 16 April 2020 – Pakar Optometris Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, telah dianugerhkan 2020 IACLE Awards oleh International Association of Contact Lens Educators, baru-baru ini.

Sebelum diumumkan menerima anugerah tersebut, Prof. Dr. Bariah yang merupakan Profesor dari Fakulti Sains Kesihatan telah menghadiri mesyuarat tahunan Academy 2019 Orlando dan 3​rd ​ World Congress of Optometry di Orlando pada Oktober 2019, dan telah dianugerahkan Fellowship di American Academy of Optometry.

Sebagai felo akademi, Prof. Dr. Bariah perlu mengemukakan karya bertulis yang menyeluruh dan mesti lulus peperiksaan lisan dan dinilai oleh panel optometris dan saintis penglihatan terkemuka dunia.

Sebagai seorang pakar optometris, beliau telah berjaya dalam semua ujian tersebut sehingga terpilih untuk menerima 2020 IACLE Awards bersama dua lagi pakar optometri dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.

2020 IACLE Awards adalah bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada pencapaian dalam pendidikan kanta lekap di seluruh dunia. Anugerah itu telah ditaja oleh CooperVision, dan disokong oleh American Academy of Optometry,

Anugerah berprestij ini diberikan setiap tahun kepada seorang individu dari setiap wilayah IACLE iaitu India, Malaysia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, United Kingdom and Venezuela