Pejabat Satelit Beri Nafas Baru dalam Penyelidikan di PPTC

2
Oleh Asmahanim Amir
Gambar oleh Ikhwan Hashim, Shahiddan Saidi

BANGI, 26 Oktober 2016 – Pejabat Satelit yang di bina di Pusat penyelidikan Tasik Chini (PPTC), UKM telah memberi nafas baru kepada penyelidikan.

Ketua PPTC UKM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mushrifah Idris berkata pejabat satelit diletakkan di kawasan tersebut kerana ia adalah kawasan biosfera simpanan di bawah UNESCO sejak Mei 2009.

“Terdapat banyak perkara yang boleh dipelopori oleh UKM kerana konsep-konsep yang sebelum ini kita praktikkan selaras dengan perkara yang dibuat oleh UNESCO,” katanya.

Beliau berkata seperti UNESCO, UKM juga menekankan usaha-usaha pemuliharaan, penyelidikan dan penglibatan komuniti dalam setiap kajian yang dilakukan.

Katanya, selain dari pejabat satelit ,di PPTC juga terdapat makmal hidrologi, klimatologi, mikrobiologi dan kualiti air.

“Semua makmal ini menekankan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan penyelidik-penyelidik UKM akan menggunakan makmal ini dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan.

“Kalau boleh, kita mahu menerapkan semua ilmu ini kepada generasi muda, bukan sahaja kepada warga UKM tetapi komuniti di sekitar kawasan Tasik Chini,” jelasnya.

PPTC juga mempunyai galeri yang menyimpan memori perjalanan penubuhan pusat penyelidikan itu sehingga sekarang.

Prof. Mushrifah berkata galeri tersebut juga turut menyimpan kejayaan-kejayaan yang dilakar oleh PPTC bukan hanya untuk menara gading tetapi juga memaparkan hasil penyelidikan yang dibuat oleh para penyelidik di situ.ukmnewsportal-bm