Pelancaran Honda BeAT Di UKM

1
Berita dan Gambar Oleh Michelle Loh

BANGI, 9 Disember 2016 – Boon Siew Honda, pengedar rasmi motosikal Honda dan skuter di Malaysia, telah melancarkan skuter terbaru, Honda BeAT di Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut Encik Nobuhide Nagata, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Pengurusan Boon Siew Honda, UKM dipilih sebagai tempat bagi melancarkan model terbaru, Honda BeAT kerana mempunyai pasaran sasaran yang diingini oleh syarikat tersebut, iaitu pelajar perempuan.

Lim Soon Pin, Timbalan Presiden 2 bagi Majlis Perwakilan Pelajar Aspirasi sesi tahun 2016/17 berkata acara ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran mengenai inovasi teknologi yang telah dilakukan oleh Boon Siew Honda, iaitu mencipta skuter pertama di Malaysia yang disahkan dengan status EEV (Energy Efficient Vehicle).

Selain pelancaran Honda BeAT, terdapat banyak aktiviti yang diadakan seperti memandu uji skuter Honda BeAT, beberapa gerai permainan seperti permainan Jengga yang menggunakan kotak-kotak Honda, dan lain-lain aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu pelajar memahami dengan lebih lanjut mengenai jenama Honda.ukmnewsportal-bm
2

3