Pelbagai Peluang Untuk Pelajar Di Fakulti Pengajian Islam Di UKM

new_110515_FPI_01Oleh Nasrullah Uul (Pelajar Pelatih UKM)
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI,  8 Mei 2015 –  Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia telah melangsungkan program Hari Terbuka Siswazah bagi membantu dan menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian  ke Universiti.

Kursus-kursus disediakan dalam bentuk sepenuh masa mahupun pengajian secara eksekutif atau jarak jauh yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Kembangan Pendidikan UKM yang sememangnya berkemampuan mengendalikan program-program universiti secara eksekutif.

Pengarah Eksekutif Pusat Strategi UKM Prof Dato’ Ir Mohd Marzuki bin Mustafa   merasmikan Hari Terbuka Siswazah FPI UKM pada 23 April lalu.

Prof Marzuki berkata pelajar mesti melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti akademik untuk menjadi modal insan yang menyeluruh dan cekap.

Beliau berkata nilai akademik dapat memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran diri dan seterusnya dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Turut hadir pada Hari Terbuka ini  Dekan FPI Prof Dr Wan Kamal Mujani yang berjanji  FPI  akan terus berusaha membaiki infrastruktur bagi aspek pembelajaran, dengan keterlibatan pelajar-pelajar dalam dakwah secara realiti dalam kehidupan masyarakat orang asli diseluruh Malaysia.

Menurut beliau, hal ini membuktikan FPI UKM memandang berat pendekatan secara menyeluruh dalam memperluaskan aspek dakwah dan pengajaran.

Kata Prof Wan Kamal dalam masa yang sama ruang pengajaran, pembelajaran dan bilik sumber siswazah FPI di aras 5 bangunan Institut Alam dan Tamadun Melayu  (ATMA) disediakan.

Katanya Hari Terbuka ini diharapkan dapat memberikan penerangan  yang diperlukan oleh pelajar-pelajar mengenai prospek yang sentiasa meletakkan UKM sebagai Universiti terkehadapan disegala bidang.

Hari Terbuka ini memberikan kesempatan pihak fakulti dan universiti bertemu dengan masyarakat umum dalam menyampaikan hasrat Universiti, serta  menjelaskan kepada orang awam mengenai program pengajian.
ukmnewsportal-bm